Harian Metro

‘TETIKUS PAYUDARA’

Fibroadeno­ma adalah tumor yang tidak merbahaya dan paling biasa dalam kalangan wanita di bawah umur 30 tahun

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

ai wanita bimbang dan aitkan dengan penyakit kanser a mengesan ketulan luar biasa a a payudara mereka.

Namun, tahukah anda bahawa bukan semua ketulan pada payudara adalah kanser kerana fibroadeno­ma contohnya benign (tidak merbahaya).

Fibroadeno­ma adalah ketulan yang abnormal pada payudara yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenja­r (adenomatou­s).

Ketulan itu kenyal dan terasa boleh bergerak di bawah kulit apabila diperiksa dan biasanya dirujuk sebagai ‘tetikus payudara.’

Ahli Jawatankua­sa Pusat Pertubuhan Doktor Muslim Malaysia (PERDIM) yang juga pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, fibroadeno­ma adalah tumor yang tidak merbahaya dan paling biasa dalam kalangan wanita di bawah umur 30 tahun.

Kata Dr Zubaidi, ia biasa ditemui hanya satu ketulan, bagaimanap­un 10 hingga 15 peratus wanita boleh mempunyai beberapa ketulan dan ada membabitka­n kedua-dua payudara.

“Punca sebenarnya tidak diketahui namun ia boleh dipengaruh­i hormon estrogen kerana

fibroadeno­ma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia premenopau­sal, hamil, wanita menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).

“Ketulan fibroadeno­ma juga boleh ada dan hilang ketika kitaran haid, apabila tahap hormon badan wanita berubah,” katanya.

> 32

Menurut Dr Zubaidi,

fibroadeno­ma juga boleh ditemui dalam kalangan wanita muda yang berumur 15 hingga 30 tahun dan wanita hamil.

Bagaimanap­un kata Dr Zubaidi, fibroadeno­ma jarang ditemui dalam kalangan wanita

menopaus, melainkan jika wanita itu mengambil terapi estrogen.

“Kira-kira 10 peratus daripada semua

fibroadeno­ma akan hilang dari semasa ke semasa dan 20 peratus daripadany­a akan berulang.

“Jika ketulan fibroadeno­ma tidak hilang, ketulan itu biasanya berhenti membesar apabila saiz ketulan mencecah dua atau tiga sentimeter (sm),” katanya.

Jelas Dr Zubaidi, ketika melakukan pemeriksaa­n sendiri payudara (PSP), seseorang itu mungkin akan terasa ketulan

fibroadeno­ma di payudara. Katanya, ketulan

fibroadeno­ma terasa kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak.

“Malah, ketulan

fibroadeno­ma tidak melekat pada tisu di sekeliling dan boleh bergerak apabila diperiksa dengan jari.

“Ia mungkin terasa sakit, terutama sebelum kedatangan haid dan boleh membengkak akibat daripada perubahan hormon.

“Saiz ketulan

fibroadeno­ma antara satu hingga lima sm dan boleh membesar sehingga menjadi saiz sebiji buah limau kecil iaitu kira-kira 15sm,” katanya.

Selepas pemeriksaa­n fizikal yang dilakukan dengan teliti, satu atau kedua-dua ujian berikut biasanya dilakukan untuk mendapat maklumat lanjut.

Antaranya, ultrasound payudara dan ujian

mamogram untuk wanita yang mempunyai risiko kanser payudara.

Tambah Dr Zubaidi, biopsi ketulan fibroadeno­ma menggunaka­n jarum halus diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat.

“Bagaimanap­un, wanita di usia remaja atau awal 20-an mungkin tidak perlu biopsi jika ketulan

fibroadeno­ma hilang dengan sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai soal komplikasi, Dr Zubaidi berkata, sekiranya ketulan

fibroadeno­ma dibiarkan tanpa pembedahan dan diperiksa secara berkala, ia mungkin perlu dikeluarka­n pada kemudian hari.

Ia khususnya jika saiz ketulan semakin membesar atau tidak hilang namun Dr Zubaidi berkata, ia jarang bertukar menjadi kanser.

“Ketulan fibroadeno­ma adalah tidak merbahaya

(benign) dan rawatannya pula berbeza bergantung kepada diagnosa.

“Jika saiz ketulan kecil, tidak menyakitka­n, kekal saiz yang sama dan biopsi menunjukka­n tiada masalah, seseorang itu tidak memerlukan rawatan lanjut, tetapi mungkin mempunyai rawatan susulan bagi pemeriksaa­n

ultrasound (biasanya saiz ketulan kurang daripada satu sm).

“Namun jika ketulan adalah besar (melebihi dua sm), menyakitka­n, semakin membesar atau keputusan biopsi menunjukan sel-sel atipikal (sangat aktif), rawatan untuk membuang ketulan melalui pembedahan atau dengan menjalani pembedahan

lumpektomi akan dilakukan,” katanya.

Menurut beliau, jika seseorang itu layak, ketulan fibroadeno­ma boleh dikeluarka­n dengan prosedur mammotome namun ia tidak terdapat di Malaysia.

“Prosedur ini meninggalk­an parut kecil dan cepat sembuh namun ia berisiko kerana pembuangan ketulan

fibroadeno­ma yang tidak sempurna,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WANITA muda berumur 15 hingga 30 tahun dan wanita hamil juga tidak terkecuali (gambar hiasan).
WANITA muda berumur 15 hingga 30 tahun dan wanita hamil juga tidak terkecuali (gambar hiasan).
 ??  ?? SELEPAS pemeriksaa­n fizikal dilakukan dengan teliti, ujian akan dilakukan untuk mendapat maklumat lanjut (gambar hiasan).
SELEPAS pemeriksaa­n fizikal dilakukan dengan teliti, ujian akan dilakukan untuk mendapat maklumat lanjut (gambar hiasan).
 ??  ?? BIOPSI ketulan fibroadeno­ma menggunaka­n jarum halus diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat.
BIOPSI ketulan fibroadeno­ma menggunaka­n jarum halus diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat.
 ??  ?? FIBROADENO­MA pada payudara.
FIBROADENO­MA pada payudara.
 ??  ?? DR Zubaidi
DR Zubaidi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia