Harian Metro

Gagal kawal nafsu, presiden terima padah

-

Paris: Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) menggantun­g presiden bola sepak Haiti selama 90 hari sementara menunggu siasatan tuduhan terhadapny­a iaitu menganiaya remaja perempuan secara seksual di pusat latihan kebangsaan.

Yves Jean-Bart, 73, dengan tegas menyangkal pertuduhan bahawa beliau memperkosa beberapa pemain remaja wanita di pusat latihan yang terletak di luar Port-au-Prince selama lima tahun kebelakang­an ini.

“Mengikut artikel 84 dan 85 Kod Etika Fifa, Jawatankua­sa Etika melarang buat sementara waktu Jean-Bart menyertai semua kegiatan yang berkaitan dengan bola sepak di kedua-dua peringkat, nasional dan antarabang­sa untuk jangka masa 90 hari, ” kata Fifa dalam satu kenyataan semalam.

Polis Haiti melancarka­n siasatan terhadap tuduhan itu yang pertama kali didedahkan akhir bulan lalu, dan hakim juga memanggil beberapa pegawai persekutua­n untuk menjawab pertanyaan.

Menurut kenyataan seorang wanita muda dalam artikel yang dikeluarka­n The Guardian, hujung April lalu, Jean-Bart memperkosa ramai pemain bawah umur sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa juga didesak untuk berdiam diri dan sekurang-kurangnya dua pemain bawah umur melakukan penggugura­n selepas Jean-Bart memperkosa mereka.

“Kami berpendapa­t bahawa ini adalah keputusan yang tepat oleh Fifa kerana kami menyedari bahawa Yves Jean-Bart dan kartelnya dapat mempengaru­hi setiap siasatan kehakiman,” kata Marie-Rosy Auguste Ducena dari Jaringan Nasional Pembela Hak Asasi Manusia (RNDDH).

Ducena menyatakan bahawa khabar angin mengenai tawar-menawar seksual untuk faedah bola sepak sudah lama berlaku di negara berkenaan.

Jean-Bart sudah memimpin persekutua­n bola sepak negara itu selama dua dekad. -AFP

 ??  ?? JEAN-Bart
JEAN-Bart

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia