Harian Metro

Tugas berat Anis Amira

Pelumba basikal sedia sahut cabaran bantu harumkan nama negara

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Tugas berat menanti pelumba basikal negara, Anis Amira Rosidi yang kini menjadi satu-satunya sandaran buat skuad berbasikal wanita negara menyerlah dalam acara trek selepas ketiadaan ratu pecut, Fatehah Mustapa yang memilih untuk bersara.

Memiliki ketinggian 1.74 meter, pelumba pasukan Yayasan Sime Darby (YSD), Anis berkata, dia bersedia menyahut cabaran itu dan akan kekal positif untuk terus membantu mengharumk­an nama negara.

Namun atlet kelahiran Perlis itu sedar cabaran yang akan digalas olehnya itu tidak mudah tapi itu bukan alasan untuk dia mengalah dan kini tetap bersemanga­t untuk memburu kejayaan biarpun hanya tinggal dia seorang pelumba wanita di Melbourne berlatih di bawah bimbingan John Beasley.

Katanya, banyak perkara yang perlu dipelajari­nya kerana masih baru dan masih lagi kurang berpengala­man dalam dunia pecut berbasikal ini.

“Saya bermula dengan sukan olahraga iaitu dalam acara 200 dan 400m tapi selepas mengalami kecederaan, saya memilih untuk menukar ke sukan berbasikal.

“Sebelum ke acara pecut ini, saya terlebih dahulu didedahkan dalam acara endurance tapi Alhamdulil­lah sekarang selesa dengan acara pecut,” katanya.

Ketinggian Anis itu menjadi kelebihan buat dirinya malah dia sebelum ini pernah mendapat beberapa tawaran menghadiri temuduga untuk jawatan pramugari namun menolaknya kerana lebih menyayangi sukan berbasikal.

Gadis manis berusia 22 tahun itu sepatutnya pulang ke Melbourne untuk menjalani latihan bersama-sama Azizulhasn­i Awang dan Mohammad Shah Firdaus Sahrom namun terkandas di Malaysia kerana kesan daripada Covid-19 apabila semua penerbanga­n ke luar negara dibekukan.

Begitupun ia dilihat sebagai satu rahmat buat dirinya apabila berpeluang beraya bersama keluarga selepas lebih lima tahun tidak dapat beraya bersama.

“Saya rasa hampir lima ke enam tahun saya tak dapat beraya bersama keluarga. Selalu raya pertama hanya dapat buat panggilan video saja. Tapi kali ini seronok sedikit kerana dapat merasai masakan ibu (Nasura Andah) dan dapat beraya bersama keluarga.

“Paling dirindui adalah ketupat palas dan juga masakan kari ayam dan daging di pagi Syawal nanti,” katanya yang meraih pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan bersama Fatehah di Kejohanan Berbasikal Asia di Korea Selatan tahun lalu.

Saya bermula dengan sukan olahraga iaitu dalam acara 200 dan 400m

Anis Amira

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia