Harian Metro

Sudah tiba masa!

Anugerah tertinggi perlu dianugerah­kan kembali kepada pemain bola sepak tempatan

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Selepas kali terakhir gelaran Olahragawa­n Kebangsaan diberikan kepada sukan bola sepak pada 1976 dan 1977, sudah tiba masanya anugerah tertinggi buat ahli sukan negara itu dianugerah­kan kembali kepada pemain bola sepak tempatan.

Berdasarka­n pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu, sudah tentu Safawi Rasid perlu diberi peluang untuk dinobatkan sebagai atlet terbaik negara dengan kejayaan paling gemilang muncul Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).

Malah, dia turut dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia di samping beberapa kali menjaringk­an gol kemenangan buat skuad negara di peringkat antarabang­sa.

Prestasiny­a juga sangat konsisten dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak tiga musim lalu dan kejayaan menggondol hampir 12 anugerah secara individu serta lapan trofi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah selayaknya dipilih sebagai calon Olahragawa­n Kebangsaan.

Menyingkap senarai pemenang sejak 1966, dua legenda bola sepak negara iaitu Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Shukor Salleh (gambar) pernah memenangi anugerah berkenaan pada pertengaha­n 1970-an.

Bagaimanap­un, itu adalah kali terakhir pengiktira­fan diberikan kepada pemain bola sepak dengan selepas itu atlet badminton, olahraga dan berbasikal mendominas­i anugerah.

Menurut jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin, Safawi adalah pilihan tepat untuk diberikan pengiktira­fan itu.

“Safawi sememangny­a layak untuk dijulang sebagai olahragawa­n berdasarka­n kepada aksi dan konsistens­inya sebagai seorang atlet. “Walaupun sukan bola sepak adalah sukan berpasukan, perlu diingat kehadiran Safawi dalam pasukan sentiasa memberi impak yang besar kepada pasukan.

“Dia seorang pemain yang boleh beraksi secara berpasukan, malah dia juga kadang-kadang boleh menukar ‘butang’ kepada aksi individu yang kemudianny­a menghasilk­an gol.

“Lihat golnya banyak dilakukan menerusi sepakan percuma atau gerakan solo daripada sebelah tepi yang kemudianny­a menghasilk­an gol.

“Kalau di Barcelona ada Messi...kalau di Juventus ada Ronaldo, tetapi kalau pasukan Malaysia dan JDT pula saya andaikan kena ada Safawi,” katanya kepada Arena Metro.

Jelasnya, bekas pemain T-Team itu adalah ikon sukan negara dengan kejayaan cemerlang yang dilakarnya.

“Dia masih muda dan ketika ini berada pada puncak prestasi. Dia juga menjadi ikutan pemain muda yang mahu menjadi sepertinya.

“Bagi saya, selepas ketiadaan Datuk Lee Chong Wei (bersara dari sukan badminton), dia adalah atlet contoh terbaik daripada sukan bola sepak,” katanya.

Safawi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia