Harian Metro

KARUNG DUIT ATAS JALAN

Pengawal keselamata­n maut nahas dengan lori tangki

- lapor Rosman Shamsudin

Dua belas beg serta lapan karung mengandung­i wang tunai bernilai jutaan ringgit bertaburan di atas jalan selepas sebuah van syarikat kawalan keselamata­n terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki dan lori muatan sayur di KM389.4 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Tanjung Malim, semalam. Kemalangan itu turut mengorbank­an seorang pengawal keselamata­n serta mencederak­an dua lagi rakan setugasnya,

Sebanyak 12 beg besar dan lapan karung wang bernilai jutaan ringgit bertaburan di atas jalan dalam kemalangan maut membabitka­n sebuah van pengawal keselamata­n dengan dua kenderaan lain di Kilometer 389.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Difahamkan, tindakan pantas pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim yang kebetulan membuat rondaan di lebuh raya itu berjaya menyelamat­kan wang itu dan kini disimpan di balai polis.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superinten­dan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kemalangan membabitka­n van keselamata­n, lori tangki dan lori sayur itu pengawal keselamata­n yang duduk di bahagian belakang van, Iruwan Mohd Ratki, 39, terbunuh.

Katanya, pemandu van terbabit mengalami cedera parah dan penumpang di sebelahnya hanya cedera ringan sementara kedua-dua pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan maut itu dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang membawa muatan minyak diesel dari Klang, Selangor ke Slim River gagal mengawal lori lalu melanggar bahagian belakang van terbabit.

“Akibat perlanggar­an itu menyebabka­n pemandu van membawa muatan wang itu merempuh pula sebuah lori membawa muatan sayuran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Kemalangan yang berlaku berhampira­n sekatan jalan raya (SJR) oleh pihak polis di lebuh raya arah utara itu juga menyebabka­n laluan lebuh raya dari arah utara dan selatan sesak kira-kira satu kilometer.

Ia berikutan lori tangki membawa muatan minyak diesel yang terbabas itu merempuh penghadang tengah lebuh raya itu serta melintang menyebabka­n kenderaan ke arah selatan terhalang.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri berkata pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 12.33 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke tempat kejadian.

Kemalangan maut itu dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang membawa muatan minyak diesel dari Klang, Selangor ke Slim River gagal mengawal lori lalu melanggar bahagian belakang van terbabit”

Sulizmie Affendy Sulaiman

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEMALANGAN menyebabka­n kesesakan lalu lintas kira-kira satu kilometer dari arah utara dan selatan.
PASUKAN Hazmat memberi bantuan membersihk­an tumpahan diesel di lokasi kejadian.
KEMALANGAN jam 12.30 tengah hari yang meragut satu nyawa.
KEMALANGAN menyebabka­n kesesakan lalu lintas kira-kira satu kilometer dari arah utara dan selatan. PASUKAN Hazmat memberi bantuan membersihk­an tumpahan diesel di lokasi kejadian. KEMALANGAN jam 12.30 tengah hari yang meragut satu nyawa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia