Harian Metro

ANGKA JANGKITAN TERENDAH

- Oleh Shamran Sarahan, Amir Abd Hamid dan Rosyahaida Abdullah am@hmetro.com.my

“Pandemik ini dilihat semakin serius dan masih jauh daripada berakhir,” itu tegas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, berdasarka­n laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5,559,130 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh dunia sehingga 26 Mei 2020 dan daripada jumlah itu sebanyak 348,610 kes kematian dilaporkan.

Beliau berkata, setakat ini Malaysia menyumbang 0.14 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes positif Covid-19 dari seluruh dunia.

“Selepas peningkata­n kes Covid-19 naik tiga angka beberapa hari lalu di Malaysia, hari ini didapati kes baharu berkurang kembali kepada dua angka.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warga negara Malaysia.

“Peningkata­n kes positif Covid-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan pengesanan kes Covid-19 di beberapa Depoh Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang membabitka­n bukan warga negara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian perkembang­an terkini Covid-19 di di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, peningkata­n kes sebelum ini adalah susulan tindakan pendekatan tertumpu kerajaan dalam

Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warga negara Malaysia

Dr Noor Hisham Abdullah

membendung penularan kes Covid-19.

“Manakala penurunan kes Covid-19 penularan tempatan adalah selaras dengan unjuran sebelum ini oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, ia adalah hasil tindakan kesihatan awam yang dilaksanak­an sejak satu bulan lalu semasa pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Penurunan ini turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap norma dan kelaziman baharu serta Prosedur Standard Operasi (SOP) ditetapkan bagi pelbagai sektor dan industri,” katanya.

Namun begitu, katanya, KKM khuatir mungkin akan berlakunya peningkata­n kes Covid-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan dalam kalangan masyarakat semasa sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, ia berdasarka­n maklumat diperoleh semasa sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaska­n sebanyak 2,449,556 kenderaan sudah diperiksa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 16 Mei hingga kini.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 18,303 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan diarah berpatah balik oleh polis. Syabas diucapkan kepada pihak polis atas usaha ini.

“Sewajarnya, tanggungja­wab kita bersama untuk melakukan segala usaha yang diperlukan dalam menangani dan membendung penularan jangkitan Covid-19 di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar kepada SOP yang ditetapkan, KKM menjangkak­an akan berlakunya peningkata­n mendadak kes Covid-19.

Menurutnya, jika itu berlaku seterusnya boleh mengakibat­kan gelombang yang baharu bagi wabak Covid-19 di negara ini.

“Oleh itu, masyarakat harus berwaspada dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes (hari ini).

“Seperti yang KKM maklumkan sebelum ini, peperangan menghadapi virus Covid-19 ini masih belum tamat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN perubatan Maimonides Medical Center di New York bersiap sedia untuk menerima pesakit baharu Covid-19.
KAKITANGAN perubatan Maimonides Medical Center di New York bersiap sedia untuk menerima pesakit baharu Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia