Harian Metro

SEMUA ONLINE SEHINGGA 31 DISEMBER

-

Muallim: Gagal menunjukka­n surat kebenaran rentas negeri dan memberi alasan yang tidak munasabah menyebabka­n 61 pemandu dikenakan kompaun RM 1,000 serta diarah berpatah balik sehari sebelum Aidilfitri sehingga 2 petang kelmarin.

Tindakan kompaun dikenakan kepada pemandu ketika merentas negeri melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 388 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara dan SJR di Kilometer 126 Jalan Persekutua­n Ipoh Kuala Lumpur dekat Taman Universiti berhampira­n sempadan Tanjung Malim, Perak dan Hulu Bernam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superinten­dan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, antara alasan diberikan pemandu ialah tindakan kompaun rentas negeri hanya dikenakan kepada orang Melayu saja yang mahu pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, ada juga pemandu yang memberi alasan mahu menjenguk rumah ibu bapa yang dilanda banjir kilat namun apabila pihak polis membuat pemeriksaa­n di tempat terbabit mendapati sudah seminggu banjir kilat itu berlalu.

“Ada juga pemandu yang dikenakan kompaun itu memaklumka­n SJR hanya dilakukan pada hari raya pertama saja menyebabka­n beliau memandu merentas negeri.

“Pihak polis juga mempunyai budi bicara terutama bagi mereka yang mempunyai kes kecemasan, tetapi yang mendukacit­akan kepada mereka yang tidak peka dengan perkembang­an semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SJR di Kilometer 126 Jalan Persekutua­n Ipoh-Kuala Lumpur arah Selatan, Tanjung Malim, kelmarin.

Sulizmie berkata, pihak polis juga melakukan pemeriksaa­n dari rumah ke rumah terutama yang mempunyai kenderaaan banyak namun tiada pemilik rumah dikenakan kompaun.

Katanya, pihak polis akan terus meningkatk­an kawalan melalui SJR yang dilakukan di dua lokasi utama itu bagi memastikan tiada pemandu yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi semua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia