Harian Metro

584 pelajar IPT akan dihantar pulang

-

Kuala Lumpur: Seramai 584 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing melalui dua penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejak 27 April lalu hingga semalam, Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sudah menghantar pulang 53,785 pelajar IPT yang berada di kampus ke pangkuan keluarga pelajar masing-masing.

“Kelmarin, KPT menghantar pulang 1,144 pelajar melalui empat penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

“KPT juga memastikan semua pelajar yang terbabit dalam pergerakan pulang ke kampung halaman untuk menjalani saringan ujian swab sebelum diterbangk­an pulang,” katanya ketika sidang media harian di Putrajaya, semalam.

Sementara itu, beliau sebanyak 824 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik oleh PDRM berbanding 738 pada hari sebelumnya.

“Negeri yang mencatatka­n cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor (284), Kedah (122) dan Melaka (113).

“Semalam (kelmarin) PDRM sudah menahan 136 individu yang mana 75 individu direman dan 61 individu dijamin atas kesalahan ingkar PKPB,” katanya.

Tambah beliau lagi, kompaun dikeluarka­n kepada 534 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

“Daripada 266 kompaun yang dikeluarka­n di balai polis, 25 kompaun kerana kesalahan ziarah pada Aidilfitri. Sebanyak 268 kompaun dikeluarka­n di lapangan, yang mana 257 dikeluarka­n di sekatan jalan raya (SJR).

“Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia