Harian Metro

Cegah kluster rumah kongsi

Kerajaan kuat kuasa Akta 446 mulai 1 Jun

- Oleh Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Mulai 1 Jun kerajaan menguatkua­sakan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Pindaan 2019 bagi mengurangk­an risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata, akta berkenaan terpakai di seluruh Semenanjun­g dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, kerajaan memberikan penangguha­n tiga bulan hingga 31 Ogos ini bagi memberi ruang kepada majikan membuat persediaan sewajarnya.

“Penguatkua­saan terhadap Akta 446 (Pindaan) 2019 dilaksanak­an sepenuhnya mulai 1 September 2020.

“Pindaan Akta 446 diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019 serta diwartakan pada 18 September 2019.

“Menerusi pindaan ini, bidang kuasa Akta 446 yang sebelum ini hanya mencakupi aspek perumahan dan penginapan pekerja di sektor perladanga­n yang melebihi 20 ekar dan perlombong­an saja kini diperluas kepada semua sektor pekerjaan yang menyediaka­n kemudahan perumahan dan penginapan bagi pekerja,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Akta 446 (Pindaan) 2019 bertujuan menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang disediakan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) membabitka­n standard ruang minimum kediaman, kemudahan asas bagi rumah dan pekerja serta elemen keselamata­n dan kebersihan yang perlu dititikber­atkan majikan.

“Pekerja asing golongan berisiko dijangkiti Covid-19 kerana mereka menginap beramai-ramai atau berhimpit dalam satu unit kediaman selain tahap kebersihan premis yang kotor.

“Kementeria­n bersetuju dengan pandangan pihak Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) mengenai keperluan penyediaan prosedur operasi standard (SOP) bagi memudahkan pelaksanaa­n standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja di semua sektor di negara ini.

“Diharap penguatkua­saan Akta 446 (Pindaan) 2019 termasuk Peraturan-Peraturan baharu bagi mengawal standard perumahan dan kemudahan pekerja dapat mencegah penularan pandemik Covid-19 selaras dengan saranan Recommenda­tion 115 (Workers Housing Recommenda­tion, 1961), Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO),” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro,semalam.
LAPORAN Harian Metro,semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia