Harian Metro

Jejak kontak rapat pelajar positif Covid-19

-

Petra Jaya: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) giat menjejak kontak rapat seorang penuntut kolej swasta di Kuching yang didapati positif Covid-19 selepas balik ke kampungnya di Tanjung Manis di sini, baru-baru ini.

Ia berikutan seorang lagi yang diuji positif pandemik itu di Kota Samarahan hari ini dikenal pasti antara kontak rapat penuntut perempuan terbabit.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah

Embas berkata, siasatan mendapati sebelum balik ke Belawai, Tanjung Manis pada 12 Mei lalu, penuntut itu mengunjung­i rumah rakannya di Kota Samarahan.

“Kes positif di Kota Samarahan hari ini (semalam) berkaitan penuntut yang positif dari Tanjung Manis dan kami dimaklumka­n sebelum balik ke Tanjung Manis, dia melawat rumah kawannya di Samarahan.

“Hasil penjejakan kontak rapat penuntut itu, 11 didapati negatif manakala 14 lagi masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya pada sidang media harian Covid-19 Sarawak, di sini, semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kes positif di Kota Samarahan itu antara tiga kes positif terbaharu yang direkodkan di Sarawak semalam.

Beliau berkata, dua lagi kes positif yang dilaporkan di Sarawak pula direkodkan di Kuching.

“Bagi dua kes positif di Kuching itu, 25 kontak rapat disaring dan keputusann­ya negatif.

“Dengan tiga kes baharu itu, jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak mencecah 552 mangsa,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, beliau berkata, 38 individu dikompaun kerana cuba merentas daerah tanpa kebenaran.

“Jumlah keseluruha­n dikompaun kerana cuba merentas daerah sejak 19 Mei lalu ialah 86 orang,” katanya.

 ??  ?? TINJAUAN proses menghantar pulang pelajar terutama dari Sabah dan Sarawak ke negeri masing-masing di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
TINJAUAN proses menghantar pulang pelajar terutama dari Sabah dan Sarawak ke negeri masing-masing di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia