Harian Metro

‘Bayaran RM3,000 rezeki Aidilfitri’

-

Pelakon dan penyanyi, Syura Badron, 33, menganggap bayaran RM3,000 diperolehn­ya daripada penerbit teater Korupsi Dewan Semandung iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy pada pertengaha­n Mei lalu sebagai rezeki Aidilfitri.

Syura berkata, meskipun bayaran sudah diterimany­a sekitar 24 peratus saja daripada jumlah penuh yang dijanjikan, dia hanya mampu bersyukur.

Ujarnya, penerbit masih ada tunggakan baki bayaran kira-kira 76 peratus lagi.

“Daripada tak dapat langsung dan umpama menunggu buah yang tidak gugur, saya terima sajalah berapa jumlah bayaran mampu dibuat kak Ogy dengan rasa syukur. Apatah lagi, ketika itu Aidilfitri semakin hampir dan saya perlu sediakan persiapan anak-anak.

“Saya sebenarnya tak suka mendesak namun dalam hal ini kalau terus berdiam diri pun tak boleh juga. Kerja dah lama selesai tapi bayaran masih belum dilunaskan.

“Apapun, saya berterima kasih juga pada kak Ogy dengan bayaran RM3,000 itu. Bagi bayaran selebihnya, tak pastilah bila akan dapat walaupun diberitahu sekitar Jun ini,” katanya.

Ditanya mengenai simpanan, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron berkata, dia tahu warganet sering mempersoal­kan perkara ini, tapi perlulah difikir sampai bila nak bergantung menggunaka­n wang simpanan saja.

“Umpama bukit kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama rata juga. Begitulah dengan konsep simpanan kita. Kalau wang asyik keluar dan jumlah masuknya tiada atau kurang, lama-lama habis juga.

“Lagi pun, wang yang diminta pada kak Ogy itu adalah mengikut perjanjian yang dibuat sebelum memulakan kerja. Bayaran dituntut itu hak saya yang memang patut dia bayar sebagai penerbit,” katanya.

Apapun, pada Ramadan lalu Syura turut berniaga kuih raya buatannya untuk mendapatka­n sumber pendapatan keluarga.

Katanya, dia tidak boleh duduk menunggu saja bayaran teater berkenaan daripada Ogy yang ketika itu dirasakan ‘samar bayangan.’

Dalam teater Korupsi Dewan Semandung, Syura dipilih menggantik­an pelakon Hanna Halim pada saat akhir yang menuntut dia memberi komitmen penuh dalam masa singkat untuk latihan sebelum persembaha­n sebenar berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia