Harian Metro

Pemilihan tiada pengaruh politik: Zakaria

-

Pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abd Hamid yang dilantik pada 23 Mei lalu tidak menghirauk­an pendapat segelintir pihak yang menganggap pemilihann­ya adalah kerana pengaruh politik.

Zakaria yang juga aktivis masyarakat ketika ditemui pada sidang medianya memberi penekanan bahawa tugas dan tanggungja­wab sebagai ketua adalah dengan budaya kerja yang betul.

“Saya dah mendengar cakap-cakap itu, tapi semuanya tak membuatkan saya rasa terkebelak­ang. Finas sebelum ini juga pernah diterajui oleh orang yang punya latar belakang politik.

“Apa yang penting adalah mendapatka­n pemimpin dengan budaya kerja yang betul,” katanya.

Menurutnya, latar belakang yang bukan dari industri seni tidak menjadi masalah utama berikutan dia yakin dikeliling­i oleh pasukan yang pakar dalam bidang ini.

“Tentunya, pihak kementeria­n yakin dengan kemampuan dan kualiti saya untuk menerajui Finas. Sebagai ketua, kena ada sikap yakin, mesra, mahu mendengar kritikan dan paling penting, boleh menjalanka­n tugasan.

“Sebab itulah, pasukan yang sudah dilantik ada kepakaran tersendiri untuk membuat keputusan dan saya juga akan merujuk mereka.

“Sebagai ‘pemandu’, saya akan pastikan ‘kenderaan’ yang dipandu tidak tergelinci­r daripada laluan. Itu tugas saya,” katanya.

Selain Zakaria, turut hadir pada majlis sama ialah Timbalan Pengerusi

Finas, Datuk Norman Abdul Halim dan Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Finas yang juga Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hassan Asbor Hassan Mutaat.

Zakaria turut mengumumka­n senarai ahli perbadanan yang dilantik iaitu Datuk Prof Dr Abdul Razak Mohaideen, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Norhyati Ismail, Mohammad Diah Wahari, Siti Juriani Jalaluddin, Denes Kumar Ragupathy, Dr Rose Patsy Tibok, Ku Muhammad Haris Ku Sulong dan Lina Tan Suan Jeu.

Tugasan Zakaria sebagai Pengerusi Finas berkuat kuasa pada 23 Mei lalu selepas pelantikan­nya diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk

Saifuddin Abdullah.

Zakaria yang memiliki Sarjana Perancanga­n Bandar daripada California State University, Amerika Syarikat menggantik­an Datuk Hans Isaac yang berkhidmat sejak April 2019.

“Daripada tak dapat langsung, saya terima

sajalah

Syura Badron

 ??  ?? AWIE
AWIE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia