Harian Metro

Hati tersangkut kerana budi baik

Pengurusan Payasum terharu terima sumbangan TKHM, PLUS

- Oleh Nazri Abu Bakar am@hmetro.com

Pengurusan Rumah Anak Yatim dan Miskin (Payasum) Paya Rumput Jaya, Sungai Udang terharu menerima sumbangan menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Ramadan 2020, sekali gus membantu pembanguna­n pusat berkenaan yang menguruska­n 97 pelajar miskin.

Pengurus Payasum Khadzir Jantan berkata, usaha Harian Metro dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2

Sdn Bhd (LPT2) itu memberi makna besar kepada pengurusan untuk terus mendidik pelajar berkenaan menjadi insan cemerlang untuk masa depan negara.

Katanya, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua pelajar pulang ke kediaman masing-masing serta rumah penjaga mereka termasuk di Jasin, Masjid Tanah, Alor Gajah selain di Perak, Negeri Sembilan dan Muar, Johor. Sehubungan itu, sepanjang Ramadan pihak pengurusan mengagihka­n keperluan harian ke rumah pelajar berkenaan berikutan mereka tidak berada di asrama.

“Sepanjang tempoh

Kami turut membantu keluarga miskin berdasarka­n keadaan semasa

Khadzir Jantan

serta Johor bermula 28 Jun.

Sementara, bagi bantuan makanan bermasak yang dihantar orang ramai sepanjang Ramadan pihaknya mengagihka­n kepada sembilan keluarga yang terdiri daripada kategori asnaf berhampira­n pusat berkenaan.

Khadzir berkata, sekolah yang dibina sejak 1940 itu pernah musnah terbakar sepenuhnya pada 1962 namun kembali didirikan menerusi sumbangan orang ramai, agensi kerajaan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) itu turut melahirkan ramai ilmuan termasuk bekas mufti.

Apapun dia amat menghargai sumbangan TKHM Ramadan 2020 yang membabitka­n pusat berkenaan selain rumah kebajikan lain seperti rumah anak yatim, pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya di Semenanjun­g.

TKHM Ramadan 2020 mendapat kerjasama PLUS dan LPT2 membantu rumah kebajikan terpilih dengan menyalurka­n dana terkumpul RM65,000.

Pendekatan program kali ini berbeza berbanding tahun sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19.

Semua 13 rumah kebajikan di Semenanjun­g berkenaan dipilih PLUS selepas disenaraik­an oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibahagika­n kepada wilayah utara, selatan, timur dan tengah.

 ??  ?? WAKIL Payasum menyampaik­an sumbangan kepada pelajar pusat berkenaan serta anggota keluarga mereka.
WAKIL Payasum menyampaik­an sumbangan kepada pelajar pusat berkenaan serta anggota keluarga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia