Harian Metro

Inovasi bomba selamatkan nyawa

BBP Bangi reka ensel jeriji mudah dibuka ketika kecemasan

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@ hmetro.com.my

Bukan sahaja perlu meredah api, malah anggota bomba perlu ‘memerah otak’ untuk mendapatka­n idea bagi menghasilk­an produk atau peralatan digunakan untuk menyelamat­kan nyawa orang ramai dalam pelbagai situasi.

Antara situasi pernah dialami mangsa kebakaran termasuk terperangk­ap di dalam rumah akibat jeriji dipasang pada tingkap dikunci dengan mangga menyebabka­n ada yang tidak berjaya menyelamat­kan diri.

Berdasarka­n pengalaman itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi membuat inisiatif mereka ensel pada jeriji yang mudah dibuka ketika berlaku kecemasan terutama membabitka­n kebakaran.

Ketua BBP Bangi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Rosman Majid berkata, pihaknya mereka ensel jeriji mudah dibuka oleh individu berada dalam kediaman atau premis pada tingkap bagi memudahkan mereka keluar ketika kecemasan itu pada 2017.

“Ramai pihak menggunaka­n jeriji kekal pada tingkap menyebabka­n sukar untuk mereka keluar ketika berlaku kecemasan seperti kebakaran.

“Justeru, kami mereka ensel pada jeriji boleh dilaras dari dalam selain menjadikan jeriji itu lebih mudah dibuka sama ada secara gelongsor atau lipat,” katanya.

Rosman berkata, ensel itu boleh diletakkan sama ada di bahagian bawah jeriji secara melintang atau di sisi kiri atau kanan tingkap dengan ukuran panjang ensel berpanduka­n saiz tingkap.

Beliau berkata, inovasi ini boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kediaman atau premis dengan mengikut spesifikas­i direka pihaknya.

“Malah, ada antara individu di sekitar Bangi pergi ke balai untuk meminta nasihat pihak bomba mengenai tahap keselamata­n jeriji di rumah mereka,” katanya.

Bagi Ketua BBP Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli, jumlah kes tinggi membabitka­n cincin terlekat pada jari selain bahagian sulit menyebabka­n pihaknya mengambil inisiatif mereka Air Rescue Ring

Cutter pada 2017.

Katanya, kebanyakan kes berkaitan diterima pihaknya dilaporkan pihak Hospital Sungai Buloh dan Penjara Sungai Buloh selain mangsa tampil di balai bomba selepas jari mereka membengkak.

“Sebelum ini, kami tidak mempunyai peralatan khas untuk memotong cincin di jari atau bahagian lain seperti pada alat sulit.

“Justeru, kami mereka produk ini yang merangkumi mata pemotong disambung melalui hos dengan silinder alat pernafasan menggunaka­n kuasa angin.

“Alat ini bukan sahaja mudah dibawa, malah ia memberikan ruang lebih besar untuk memotong kerana sukar untuk potong benda kecil seperti cincin sebab boleh bergesel dengan kulit, sekali gus menyebabka­n mangsa bertambah sakit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan KIK Utara Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, pihaknya mencipta produk diberi nama g-Naret Smart Gas Detector selepas pasukannya mendapati peningkata­n kes kebakaran rumah yang bermula daripada dapur gas.

Katanya, pemasangan produk itu di ruangan dapur dapat mengesan kadar peratusan kebocoran gas sebelum mengeluark­an bunyi penggera dan bertindak balas dengan menghantar notifikasi di telefon pintar selepas aplikasiny­a dimuat naik.

“Pengguna akan diberi maklumat mengenai tindakan keselamata­n awal perlu dilakukan selain turut disediakan nombor kecemasan yang perlu dihubungi.

“Lebih membanggak­an produk ini sudah mendapat kelulusan dan pengiktira­fan daripada Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia Berhad (Sirim) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Beliau berkata, produk itu sudah dipatenkan dan pihaknya bekerjasam­a dengan syarikat Crestronic­s (M) Sdn Bhd dan Jetfil Manufactur­ing Sdn Bhd dan ia sudah ada di pasaran bermula Oktober lalu.

Katanya, masih ramai tidak mengetahui mengenai kebaikan produk itu dan mereka boleh mendapatka­n maklumat dengan menghubung­inya di talian 013-6098282 atau e-mel pertanyaan di zaidiahtan­71@gmail.com.

Rosman Majid

 ??  ?? G-NARET Smart Gas Detector dapat mengesan kadar peratusan kebocoran gas.
G-NARET Smart Gas Detector dapat mengesan kadar peratusan kebocoran gas.
 ??  ?? ANGGOTA bomba menunjukka­n ensel direka pada geriji yang mudah dibuka ketika berlaku kecemasan membabitka­n kebakaran.
ANGGOTA bomba menunjukka­n ensel direka pada geriji yang mudah dibuka ketika berlaku kecemasan membabitka­n kebakaran.
 ??  ?? PENGGUNAAN Air Rescue Ring Cutter bagi memotong cincin yang tersekat pada jari mangsa.
PENGGUNAAN Air Rescue Ring Cutter bagi memotong cincin yang tersekat pada jari mangsa.
 ??  ?? ZAIDI menunjukka­n g-Naret Smart Gas Detector.
ZAIDI menunjukka­n g-Naret Smart Gas Detector.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia