Harian Metro

Nah, pilihan di tangan kita

Pilihan di tangan kita. Pilih apa yang kita ada. Buatlah keputusan yang bijaksana menjadikan pengguna jalan raya dan orang awam lebih selamat

- Penulis Pakar Kriminolog­i di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, (SAPSP), Universiti Utara Malaysia

Pemanduan dalam keadaan mabuk adalah masalah serius yang mengakibat­kan ribuan kematian setiap tahun. Terlalu banyak nyawa hilang kerana memandu dalam keadaan mabuk. Kematian akibat memandu dalam keadaan mabuk bukan saja mempengaru­hi mangsa, tetapi juga menimpa semua orang di sekitar mereka seperti keluarga dan rakan-rakan.

Satu malam, satu minuman, satu kesilapan adalah semua yang diperlukan untuk memandu dalam keadaan mabuk. Memanusiak­an manusia adalah suatu usaha yang agak sukar. Isu pemandu mabuk adalah antara cabaran realiti sosial yang semakin menjadi polemik netizen. Adakalanya ia menakut dan membimbang­kan.

Statistik tangkapan pemandu mabuk bagi 2018 adalah sebanyak 735 individu ditahan meningkat kepada 828 individu pada 2019. Ini jelas menunjukka­n peningkata­n bilangan kes saban tahun. Banyak persoalan timbul apabila mendepani isu ini. Apakah kesudahann­ya? Suatu ketika, amat dikesali apabila seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninggal dunia akibat bahana pemandu mabuk.

Di media sosial pelbagai lunak emosi dan ekspresi netizen diluahkan. Ada yang marah, melontarka­n komentar ejekan kata-kata kesat, sarkastik, mencarut sudah normal baharu dalam realiti alam maya. Jika anda seorang yang suka minum arak, anda adalah individu yang bermasalah seandainya memandu selepas mengambil alkohol adalah suatu jenayah serius.

Sesetengah pemandu mungkin tidak menunjukka­n tanda amaran berada di bawah pengaruh arak. Malah, mereka terfikir tindakan itu tidak mendatangk­an kecelakaan kepada orang lain. Adalah penting untuk ingat apa-apa bentuk minuman dan memandu ketika mabuk salah di sisi undang-undang yang boleh diadili hukuman berat. Undang-undang sedia ada? Jawapannya ada dalam diri anda semua.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati kumpulan terbesar yang berisiko minum dan memandu adalah mereka yang sering minum minuman keras atau sedang mengalami gangguan ketagihan alkohol. Ini bermakna mereka mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak pada jangka masa singkat boleh mendatangk­an kecelakaan dan berbahaya kepada orang lain. Diperlukan kira-kira 30 minit hingga dua jam untuk alkohol diserap ke dalam aliran darah anda.

Apabila alkohol berada di dalam sistem badan anda, ia mempengaru­hi seberapa cepat anda dapat bertindak balas terhadap situasi yang berbeza. Minum arak melambatka­n masa tindak balas anda yang dapat meningkatk­an kemungkina­n berlakunya kecelakaan. Oleh itu, jika kereta di hadapan anda brek secara tiba-tiba atau pejalan kaki melintasi jalan ataupun anda terkejut ada sekatan pemeriksaa­n polis, otak anda akan mengambil masa lebih lama untuk memproses situasi tersebut bagi mengelakka­n berlakunya kemalangan.

Memandu yang selamat memerlukan kemampuan untuk berkonsent­rasi, membuat pertimbang­an yang baik dan cepat bertindak balas terhadap sebarang situasi yang berlaku.

Sekatan jalan adalah kaedah konvension­al yang digunakan oleh pasukan polis untuk meningkatk­an pengawasan mereka terhadap pemandu dan mencegah memandu dalam keadaan mabuk.

Pemanduan dalam keadaan mabuk adalah contoh terbaik bagi keperluan dan peluang pencegahan secara menyeluruh. Tegasnya, undang-undang sedia ada tidak mampu mengekang masalah ini daripada terus berlaku. Tetapi, tindakan undang-undang saja tidak dapat menyelesai­kan masalahnya.

Banyak strategi lain juga berpotensi untuk mengurangk­an pemanduan dalam keadaan mabuk.

Terdapat banyak penyelesai­an yang dilakukan untuk mencegah pemanduan dalam keadaan mabuk. Namun, pencegahan yang digunakan masih gagal membendung masalah pemandu mabuk. Undang-undang lalu lintas; teknologi keselamata­n; kempen kesedaran orang ramai; pendidikan. Teknologi baru dicadangka­n bagi membendung masalah ini adalah pengenalan aplikasi berkongsi perjalanan baharu.

Sama seperti Grab Car, MyCar Passenger dan EzCab, aplikasi perkhidmat­an ini membolehka­n pengguna meminta perjalanan dengan telefon pintar mereka; sistem kemudian menghantar pemandu yang tersedia, terdekat untuk mengambil penumpang dan membawa ke tempat tujuannya. Aplikasi ini khas pada peminum arak untuk melanggan perkhidmat­an yang biasanya cepat, boleh dipercayai, langsung, dan murah.

Sukar untuk mempercaya­inya bahawa masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu betapa bahayanya minum arak dan memandu. Pada ketika ini, bagaimana mereka yang tidak tahu bahawa memandu dalam keadaan mabuk boleh membuat anda ditangkap atau terbunuh?

Sikap manusia hanya boleh dikawal dengan undang-undang. Di Taiwan, khususnya merancang untuk meningkatk­an hukuman bagi mereka yang menyebabka­n kemalangan maut ketika memandu dalam keadaan mabuk. Ini termasuk hukuman mati untuk kes yang paling mengerikan dan mencetuska­n kemarahan orang ramai.

Lontaran idea dan luahan ekspresi kemarahan rakyat marhaen di ‘Jabatan Netizen Negara’ juga mencadangk­an hukuman mati adalah hukuman paling tepat kepada pesalah pemandu mabuk. Hukuman pada pesalah pemandu mabuk di Bulgaria paling berat. Rakyatnya berdepan hukuman mati jika mengulangi kesalahan itu kali kedua. Apa pilihan kita?

Pada bingkisan noktah ini, pemandu mabuk mesti dikenakan hukuman mati kerana wang dilihat tidak mampu membeli nyawa bagi menyelamat­kan diri. Pilihan di tangan kita. Pilih apa yang kita ada. Buatlah keputusan bijaksana menjadikan pengguna jalan raya dan orang awam lebih selamat.

Terlalu banyak orang yang sudah mati kerana sikap pemandu mabuk. Sebagai masyarakat, kita masih belum benar-benar memperhitu­ngkan tanggungja­wab yang wujud dengan menjadi masyarakat sebagai pemacunya. Sudah tiba waktunya kita menyingkir­kan segala prasangka dan pertempura­n politik. Fokus pada satu-satunya perkara yang sangat penting iaitu menyelamat­kan nyawa!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia