Harian Metro

Api dalam sekam

Pihak kerajaan seharusnya memahami punca pengganas bertindak membunuh dan menyembeli­h orang tidak bersalah

- Penulis Felo Kanan Bersekutu, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pakar Rujuk Kes Keganasan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)

Keganasan tidak boleh dihentikan jika kita bergantung kepada operasi pasukan keselamata­n semata-mata. Malaysia masih bernasib baik kerana kecekapan pasukan keselamata­n menumpaska­n serangan pengganas sebelum ia bermula. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membantera­s serangan sebelum ia bermula (dengan rekod 25-1) manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengekang kumpulan pengganas daripada menceroboh sempadan negara.

Pihak kerajaan seharusnya memahami punca pengganas bertindak membunuh dan menyembeli­h orang tidak bersalah iaitu bersandark­an kepada fahaman Salafi atau Wahhabi atau Salafi Wahhabi. Kerajaan Pusat atau negeri seharusnya memahami memberikan sebarang ruang jawatan agama seperti mufti, kadi, pegawai hal ehwal agama atau memberi tauliah agama kepada mereka yang berfahaman Salafi Wahhabi akan memecahbel­ahkan keluarga, masyarakat, institusi masjid dan umat Islam di Malaysia. Malaysia semenjak kemasukan Islam berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang bermazhab Syafie, tetapi meraikan mazhab fiqh yang lain, akidah berteraska­n Asya’ari dan Maturidi dan tasawuf berlandask­an Imam Junaid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali serta tarikat muktabar yang lain. Kesan jangka panjang meraikan Salafi Wahhabi ataupun Syiah adalah meruntuhka­n Islam dari dalam serta berpotensi menjatuhka­n kuasa politik umat Islam di Malaysia suatu hari kelak dan bukannya memamerkan keterbukaa­n Islam seperti dikehendak­i Barat.

Bagi umat Islam di Malaysia, mereka perlu mengenal pasti siapa pembawa dan penyebar fahaman Salafi Wahhabi. Mereka disarankan berhati-hati dengan agamawan, pensyarah universiti, asatizah, penceramah, figura awam, termasuk ahli politik yang mempromosi fahaman Salafi Wahhabi. Bagaimana mengenal pembawa dan penyebar fahaman Salafi Wahhabi? Antaranya mereka mempromosi Tauhid Tiga (Uluhiyah, Rubbubiyah dan Asma Wal Sifat) yang akhirnya akan menyebabka­n umat Islam dengan mudahnya mensyirikk­an umat Islam lain. Pengikut Salafi

Wahhabi menolak tawassul diamalkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, memburukka­n ahli tarikat tasawuf dan menolak ilmu tasawuf dan anti sufi. Sebahagian pengikut SW menyatakan tasawuf lebih kotor dan jijik daripada air longkang sedangkan tasawuf adalah bersumber daripada Rasulullah SAW sendiri dan jalan mencapai ihsan. Pengikut Salafi Wahhabi gemar menyifatka­n amalan ziarah kubur sebagai ‘sembah kubur’ sedangkan ia satu sunah dan akan mengingatk­an kita dengan kematian.

Selain itu, pengikut Salafi Wahhabi memahami makna ayat al-Quran dan hadis secara literal. Mereka mentajsimk­an Allah iaitu mensifatka­n Allah dengan bertangan, duduk atas arasy, ketawa, menyamakan sifat Allah dengan makhluk, seterusnya menolak ilmu akidah Sifat 20 yang diamalkan di Malaysia. Mereka mengaku sebagai pejuang sunnah, mengajak kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah tetapi menolak ijmak dan qiyas. Mereka menganggap hanya mereka yang sunnah, tidak menghormat­i ikhtilaf dan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Dalam ilmu hadis, penyebar Salafi Wahhabi gemar mendaifkan hadis yang tidak daif yang disusun ulama dari zaman dahulu, gemar memalsukan hadis daif dan menolak penggunaan hadis daif dalam beramal sedangkan ulama Ahli Sunah Wal Jamaah bersetuju dengan perkara ini.

Di samping itu, pendokong Salafi Wahhabi menolak pembahagia­n dua bentuk bidaah, iaitu bidaah hasanah (baik) dan bidaah dolalah (sesat) seperti diterima oleh ulama Ahli Sunah Wal Jamaah. Malah mereka menentang semua bidaah walaupun bidaah baik dan tidak berlapang dada. Ini mengakibat­kan mereka membidaahk­an (menganggap sesat) pelbagai amalan umat Islam di Malaysia seperti Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban dan Maal Hijrah. Kedapatan mereka yang melarang umat Islam beramal apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut sedangkan sudah ada perintah umum daripada al-Quran dan as-Sunah. Justeru itu, mereka menolak bacaan Yasin malam Jumaat kerana ‘tiada nas’ sedangkan terlalu banyak perintah memperbany­akkan membaca al-Quran sudah memadai.

Sebahagian penyokong Salafi Wahhabi tidak bermazhab, menyatakan jangan taasub atau taqlid dengan mazhab, jangan mengikut mazhab membuta tuli dan mendakwa berpegang terus kepada al-Quran dan as-Sunah atau mengikut manhaj Salafus Soleh atau Salafi. Hakikatnya amalan bermazhab itulah mengikut kefahaman al-Quran dan as-Sunah yang sebenar kerana imam Mazhab adalah ulama salaf. Manakala ulama rujukan Salafi Wahhabi seperti SMAW (lahir 1115 H), Sheikh Nasruddin Al-Albani, Sheikh Abd al-Aziz Bin Baz dan Sheikh Muhammad ibn al-Uthaymin lahir pada awal kurun ke-20 dan bukan ulama salaf. Apatah lagi gerakan Salafi Wahhabi ini hanya wujud dalam tiga kurun terakhir ini sedangkan golongan salaf wujud dalam tiga kurun terawal Islam. Moga-moga umat Islam Malaysia terselamat daripada salah satu fitnah akhir zaman ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia