Harian Metro

Syawal anugerah Allah rai kejayaan Ramadan

- al-Tafasir). Penulis pensyarah Management & Science University (MSU)

Syawal yang menjelang saban tahun dalam kehidupan kita wajib diraikan sebagai hadiah istimewa daripada Allah SWT setelah kita berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Selepas kita merasai lapar dan dahaga kerana Allah, selepas kita berpenat-penatan kerana-Nya, selepas kita menahan nafsu syahwat daripada perkara yang membatalka­n puasa kerana-Nya, maka tibalah Syawal sebagai anugerah besar daripada Allah ke atas mereka yang benar-benar menghidupk­an Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapa­n.

Firman Allah: “Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang bertakwa.” (al-Baqarah: 183)

Abu Hurairah RA meriwayatk­an bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapa­n, maka diampuni segala dosanya yang lalu.” (al-Bukhari dan

Muslim) Berdasarka­n dalil awal di atas, maka kita dapati dua perkara besar daripada ibadah puasa ialah menjadi orang bertakwa dan mendapat keampunan daripada Allah.

Pertama, bertaubat dengan bersungguh-sungguh khususnya pada malam hari raya. Ramadan peluang keemasan membersihk­an diri daripada segala dosa sama ada dosa besar atau kecil, dosa terang-terangan atau tersembuny­i, dosa yang sengaja atau terlupa, dosa lampau atau akan datang. Sesungguhn­ya Allah maha pengampun lagi penerima taubat.

Biarlah kita keluar dari Ramadan dalam keadaan dosa diampun. Sebaliknya kita termasuk dalam kalangan orang celaka seperti doa Malaikat yang diaminkan oleh baginda ketika sedang menaiki mimbar. Salah satu doa yang diaminkan baginda ialah: “Celaka orang berpeluang memasuki Ramadan, lalu dia keluar dari Ramadan sedangkan tidak mendapat keampunan Allah.” (Ibnu Hibban)

Kedua, bersyukur atas nikmat Syawal. Syukur juga dengan maksud memperbany­akkan takbir dan zikir membesarka­n Allah yang mengurniak­an kesempatan kita bertemu Ramadan, seteruskan meraikan Syawal.

Inilah saranan khusus daripada Allah: “Dan setelah kamu selesai berpuasa, maka hendaklah kamu membesarka­n Allah dengan nikmat (Syawal) ini supaya kamu menjadi orang yang bersyukur.”

(al-Baqarah: 185) Lafaz takbir mengandung­i maksud syukur yang sangat mendalam sebagai hamba yang berterima kasih kepada penciptany­a iaitu Allah.

Menurut Syeikh Muhammad al-Sabuni ketika menafsirka­n maksud syukur pada ayat 185 di atas, beliau mengatakan kita mengucapka­n terima kasih kepada Allah kerana dikurniaka­n dua perkara iaitu kelebihan ganjaran Ramadan dan belas kasih-Nya kepada kita hamba yang banyak dosa (Safwah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia