Harian Metro

Tak sempat bakar diri

Lelaki, teman wanita terbabit kes pecah rumah cuba membunuh diri

- Oleh Norsyazwan­i Nasri am@hmetro.com.my

Bakar kotak sebelum kunci bilik. Itu tindakan lelaki tempatan dan wanita warga Filipina yang dipercayai cuba membunuh diri dalam kejadian di Warung 2000 di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.50 petang, kedua-dua suspek bagaimanap­un diselamatk­an Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas dipujuk untuk membuka pintu.

Namun, siasatan lanjut dilakukan pihak berkuasa mendapati suspek lelaki berusia 50-an terbabit dalam kes pecah rumah sebelum dia dan wanita ditahan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Samarahan, Asisten Superinten­dan Rafhan Kepli berkata, pihaknya menahan kedua-dua suspek dan turut merampas barang hasil pecah rumah dilakukan lelaki terbabit.

“Beberapa pengadu kes pecah rumah yang dilaporkan akan dipanggil untuk membuat pengecaman barang kes bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini suspek ditangkap bersabit kes pecah kedai kecantikan yang berlaku di Kawasan Desa Ilmu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Semakan lanjut juga mendapati suspek perempuan tinggal melebihi tempoh masa di negara ini dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Mengulas cubaan bunuh diri itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan melaporkan asap keluar dari bangunan dan menggerakk­an Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba dan polis berjaya memujuk mangsa untuk membuka pintu. Lelaki terbabit dibawa pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke Pusat Jantung Sarawak manakala perempuan diserahkan kepada polis dan dibawa ke Balai Polis Samarahan,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan dan turut dirampas barang hasil

pecah rumah

 ??  ?? BOMBA membantu memberi rawatan lelaki yang bertindak membakar bilik kediaman bersama teman wanitanya di belakang Warung 2000, Kota Samarahan, kelmarin.
BOMBA membantu memberi rawatan lelaki yang bertindak membakar bilik kediaman bersama teman wanitanya di belakang Warung 2000, Kota Samarahan, kelmarin.
 ??  ?? KESAN kebakaran di bilik kediaman suspek.
KESAN kebakaran di bilik kediaman suspek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia