Harian Metro

Aplauso sanitario buatmu frontliner­s

-

Kuala Lumpur: Pelbagai cara digunakan masyarakat seluruh dunia untuk menzahirka­n kekaguman dan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan dalam mendepani pandemik Covid-19.

Bagi masyarakat di Sepanyol, mereka akan melakukan aplauso sanitario iaitu tepukan penghargaa­n sambil bersorak dan menyanyi setiap jam 8 malam.

Menceritak­an pengalaman itu, rakyat Malaysia yang menetap di Madrid, Noor Azlin Razali, 39, berkata, sokongan itu diberikan rakyat Sepanyol bagi menaikkan motivasi kakitangan kesihatan dan anggota polis yang bertugas.

Menurutnya, tepat jam 8 malam, penduduk setempat akan membuka tingkap atau berdiri di balkoni kediaman masing-masing sambil bertepuk tangan, bersorak dan menyanyi selama satu jam.

“Ketika Sepanyol menjadi antara negara yang terkesan teruk akibat Covid-19, rakyat negara ini tampil dengan inisiatif untuk memberi sokongan antara satu sama lain.

“Masyarakat di sini akan melakukan aplauso sanitario sambil kereta polis dan ambulans di jalan raya membunyika­n hon sebagai tanda sahutan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Noor Azlin berkata, aktiviti itu dibuat untuk menaikkan semangat bukan saja kepada petugas barisan hadapan, malah untuk penduduk yang dikenakan perintah berkurung sejak beberapa bulan lalu ketika kes memuncak.

Katanya, sepanjang perintah berkurung dikuatkuas­akan, penduduk hanya berada di rumah masing-masing dan dibenarkan keluar untuk membeli keperluan harian dan ubatan.

“Undang-undang di sini juga ketat dan mereka yang berdegil boleh didenda 2,000 euro (RM9,519) dan lokasi tumpuan umum juga lengang.

“Namun, tahap pematuhan di sini sangat baik dan penduduk mematuhi arahan yang dikeluarka­n kerajaan dan pihak berkuasa,” katanya yang menetap lebih empat tahun di negara itu.

Noor Azlin melahirkan harapan agar Ramadan yang baharu berakhir membawa rahmat kepada seluruh dunia dan kes Covid-19 dapat dikurangka­n ke tahap minimum.

Kereta polis dan ambulans di jalan raya membunyika­n hon sebagai tanda sokongan

Noor Azlin Razali

 ??  ?? NOOR Azlin sudah lebih empat tahun menetap
di Madrid, Sepanyol.
NOOR Azlin sudah lebih empat tahun menetap di Madrid, Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia