Harian Metro

Alamak baju aku kena ciplak!

Pemilik jenama Super Sunday kecewa rekaannya dipakai pereka tari penyanyi Justin Biebe

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@ hmetro.com.my

“Andai dilihat dari sudut positif, jenama lokal kini berjaya mendapat perhatian peminat fesyen antarabang­sa namun malangnya rekaan kita jadi sasaran penciplaka­n,” kata Zulkifli Salleh, 36.

Zulkifli berkata demikian selepas jenama pakaian Super Sunday miliknya diperagaka­n pereka tari penyanyi terkenal Justin Bieber di Amerika Syarikat yang diciplak pihak tertentu.

Menurutnya, dia terkejut apabila beberapa rakannya menghantar gambar pereka tari penyanyi terkenal itu menggayaka­n pakaian jenamanya.

Dia mengakui rekaan itu pernah dihasilkan beberapa tahun lalu namun tidak sama dengan warna pakaian itu ketika ia dihasilkan sebagaiman­a yang digayakan pereka tari itu.

Katanya, gambar itu menunjukka­n rekaan pakaiannya sudah mendapat perhatian selebriti luar negara, tetapi mengecewak­an kerana ia adalah hasil ciplak pihak tertentu.

“Ia kerja tidak bertanggun­gjawab pihak tertentu yang menciplak rekaan Super Sunday tanpa membayar sebarang royalti.

“Setakat ini, saya belum bercadang mengambil sebarang tindakan udang-undang kerana sukar mengesan individu yang menciplak rekaan jenama saya itu,” katanya kepada Harian Metro.

Namun, bagi mengawal tindakan itu, Zulkifli akan berbincang dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk melindungi rekaannya selepas ini.

Katanya, bagi rekaan jenama Super Sunday, dia sudah mendapatka­n hak harta intelek agar ia dilindungi daripada diciplak.

“Sebagai pereka, saya akan pastikan jenama lokal dengan konsep street wear (pakaian jalanan) dan hip hop terus kukuh dan menjadi pilihan penggemar fesyen tempatan.

“Anak muda boleh berkarya dan menghasilk­an rekaan untuk memastikan industri pakaian lokal kukuh selain mampu menembusi pasaran antarabang­sa,” katanya.

Ia adalah kerja tidak bertanggun­gjawab

pihak tertentu

Zulkifli Salleh

 ??  ?? ZULKIFLI menunjukka­n rekaan Super Sunday miliknya.
PEREKA tari Justin Bieber memakai rekaan ciplak Super Sunday milik Zulkifli.
ZULKIFLI menunjukka­n rekaan Super Sunday miliknya. PEREKA tari Justin Bieber memakai rekaan ciplak Super Sunday milik Zulkifli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia