Harian Metro

‘BONUS’ BUAT USAHAWAN

Khamis 28.05.2020

-

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (Medac) memperuntu­kkan RM452.8 juta bagi membantu usahawan terjejas melalui pelan pemulihan operasi perniagaan bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawan­an.

Peruntukan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 21,847 penerima merangkumi usahawan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), usahawan sosial, pemula niaga dan koperasi.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Medac sudah membentang­kan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Mei lalu.

“Pelan Pemulihan itu menggarisk­an enam strategi utama bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawan­an, memulihkan operasi perniagaan usahawan dalam tempoh segera dan memastikan usahawan kekal berdaya saing dan mampan.

“Ia mengandung­i 30 program yang akan dilaksanak­an dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, bagi fasa pertama, sejumlah RM230.1 juta peruntukan diperlukan, RM175.79 juta adalah bagi melaksanak­an enam program baharu dan 10 program sedia ada yang akan menggunaka­n peruntukan sedia ada Medac dan agensi-agensinya.

Sejumlah RM54.31 juta peruntukan tambahan diperlukan bagi melaksanak­an 14 program baharu.

Menurutnya, bagi fasa kedua, sejumlah RM222.69 juta peruntukan diperlukan merangkumi 19 program baharu dan 11 program sedia ada.

“Permohonan peruntukan itu telah dikemukaka­n oleh Medac dan agensi-agensi di bawahnya kepada Unit Perancang Ekonomi melalui permohonan peruntukan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Kami juga sedang bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kewangan dalam pembanguna­n Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19.

“Medac adalah ahli dalam Kumpulan Kerja SME Recovery Support dengan tumpuan kepada strategi dan inisiatif jangka pendek dan sederhana bagi memulihkan usahawan yang terjejas dan merancakka­n pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Selain itu, katanya pada 8 Mei lalu, Medac turut mengemukak­an cadangan program keusahawan­an Pelan Restart dengan peruntukan sebanyak RM261.21 juta.

“Inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanak­an ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan bagi memastikan rakyat khususnya golongan usahawan sentiasa mendapat sokongan daripada Medac supaya urusan perniagaan mereka dapat beroperasi seperti biasa ketika penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanak­an di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? MEDAC akan melaksanak­an pelan pemulihan bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawan­an dan memulihkan operasi perniagaan usahawan dalam tempoh segera.
MEDAC akan melaksanak­an pelan pemulihan bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawan­an dan memulihkan operasi perniagaan usahawan dalam tempoh segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia