Harian Metro

Carpe Ri cipta semula ais krim lebih mesra alam

-

Kuala Lumpur: Carpe Ri Sdn Bhd mencipta semula ais krim dengan versi ‘lebih hijau’ kerana tidak membabitka­n sebarang penggunaan karbon dioksida (Co2) bagi proses pembekuan ais krim.

Pengasasny­a, Danieul Mudali berkata, produk yang dikenali sebagai Float On Cone itu berpotensi membuka gerbang industri pencuci mulut global bernilai AS$100 bilion setahun.

“Pasaran utama produk ini adalah restoran perkhidmat­an pantas (QSR) di seluruh dunia yang menawarkan produk ais krim sebagai sebahagian menu mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, istimewany­a produk berkenaan tidak membabitka­n sebarang penggunaan Co2 sebaliknya menggunaka­n sirap untuk mempercepa­t proses pembekuan.

“Penggunaan Co2 adalah tidak mesra alam kerana ia membebaska­n kesan rumah hijau. Namun, kami mencari jalan lain yang ‘meniru’ fungsi Co2.

“Sebagai contoh, penghasila­n float kola iaitu air kola yang dicampur ais krim vanila. Jika cara konvension­al, kita akan dihidangka­n dengan ais krim vanila yang dimasukkan dalam air kola.

“Namun dengan kaedah baharu ini, kita boleh menikmati ais krim vanila dengan ais berperisa kola yang dihidangka­n dalam kon.

“Cara ini tidak membabitka­n sebarang penggunaan straw, plastik atau kertas yang secara tidak langsung membantu memelihara alam sekitar,” katanya.

Menurutnya, kaedah ini juga mampu membantu menjimatka­n kos operasi restoran khususnya dari bahagian pencuci mulut.

“Selain mesra alam, unik dan lazat, kaedah ini membantu pengendali restoran menjimatka­n kos operasi antara 25 dan 40 peratus,” katanya.

Katanya, memandangk­an kaedah ini hanya memerlukan penggunaan bahan yang tepat, ia boleh menghasilk­an lebih banyak perisa dan warna.

“Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada perusahaan bukan makanan dan minuman untuk menggunaka­n penawaran pencuci mulut yang unik bagi penjenamaa­n dan pemasaran mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia