Harian Metro

Perjalanan pejuang kanser ke Makkah tergendala

-

Dubai: Farid Feyadi hanya berada 150 kilometer (km) dari sempadan Arab Saudi apabila pihak berkuasa negara itu dan Jordan menutup pintu sempadan bagi menyekat penularan wabak Covid-19, sekali gus menghentik­an sementara misinya.

Pereka fesyen berusia 40 tahun itu yang juga pejuang kanser dalam misi berjalan ke Makkah untuk menunaikan haji selain menyebar mesej keamanan.

Gulf News melaporkan Farid rakyat Britain berkelana sejauh 4,600km dari London, namun kini terperangk­ap di Jordan dan ditempatka­n di apartmen di Amman.

Dia tiba di negara itu pada 3 Mac lalu dan lebih dua bulan terperangk­ap, tetapi tetap menunggu hingga berjaya menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

“Saya mungkin lelaki pertama dalam sejarah berjalan dari London ke Makkah. Ramai yang anggap saya gagal melaksanak­an misi ini tetapi akhirnya saya di sini, dalam fasa akhir perjalanan,” katanya dalam temu bual menerusi panggilan telefon.

Lelaki itu yang menghidap kanser buah pinggang dan hilang satu daripadany­a

memberitah­u, dia menggunaka­n dana sendiri untuk projek berkenaan sejak 3 November 2019.

Katanya yang membina karier di Manchester, secara purata dia mampu berjalan antara 30 ke 60km sehari dan susut berat badan 27 kilogram dalam tempoh itu.

“Paling lama saya berjalan sejauh 83km dan tidur dalam khemah menjelang malam. Beberapa kali juga diganggu babi liar dan serigali yang menceroboh,” katanya yang pernah digigit anjing ketika dalam perjalanan di kawasan kampung di Albania.

Farid berkata, hampir keseluruha­n misinya berjalan dan hanya dua kali dia menaiki pengangkut­an awam iaitu feri ke Calais, Perancis dan mengambil pesawat dari Ankara, Turki ke Amman bagi mengelak melalui negara berkonflik, Syria dan Iraq.

Misi itu merentasi 11 negara termasuk Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia, Montenegro, Albania, Greece, Turki dan Jordan. Farid tidak mahu mensia-siakan peluang itu kerana dia mahu memperbetu­lkan persepsi negatif masyarakat dunia terhadap Islam.

 ??  ?? FARID Feyadi (kanan) bersama kumpulan pelukis di Lombardy, utara Itali.
FARID Feyadi (kanan) bersama kumpulan pelukis di Lombardy, utara Itali.
 ??  ?? FARID meneruskan pengembara­annya di Istanbul, Turki.
FARID meneruskan pengembara­annya di Istanbul, Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia