Harian Metro

RASA BERSYUKUR KELUARGA DI SISI

Nabila bertuah masih dapat mencium tangan, bermaafan dengan ahli keluarga pada Aidilfitri

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Sambutan Syawal yang cukup berbeza kali ini membawa makna berlainan buat semua orang. Paling merasai kesedihan tentu sekali mereka yang tidak berpeluang pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Justeru, penyanyi Nabila Razali, 27, memanjatka­n kesyukuran menjadi insan yang bertuah masih dapat mencium tangan dan bermaafan dengan ahli keluarga. Baginya, perkara itu sudah cukup melengkapk­an sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Kita semua pun sudah bersedia dan akur betapa berbezanya sambutan Aidilfitri kali ini. Saya sebenarnya tiada rungutan langsung sebab keselamata­n menjadi alasan utama kita perlu raikan hari raya ini dalam suasana sebegini.

“Saya bertuah kerana memang tinggal dengan keluarga di Kuala Lumpur. Itu pun sudah cukup menggembir­akan saya meskipun terdetik juga rasa sedih tidak dapat berkumpul dengan keluarga besar lain.

“Bagaimanap­un, satu rahmat juga dapat meraikanny­a di rumah saja. Saya dapat merasakan makna bermaafan itu lebih mendalam apabila masa hanya dihabiskan sepenuhnya bersama mereka,” katanya.

Apapun, Nabila tentu sekali rindu dengan suasana riuh menyambut raya seperti tahun sebelumnya apabila rumah dikunjungi tetamu dan sanak saudara.

Begitu juga amalan berkunjung ke rumah saudara mara di luar Kuala Lumpur yang setiap tahun dilakukan.

Bagaimanap­un, satu rahmat juga dapat meraikanny­a di rumah saja.

Saya dapat merasakan makna bermaafan itu lebih mendalam

apabila masa hanya dihabiskan

sepenuhnya bersama mereka

NABILA

Namun, penyanyi Peluang Kedua itu tidak mahu merosakkan kemeriahan dan memanfaatk­an teknologi demi berhubung dengan mereka yang jauh. Baginya, ikatan silaturahi­m tetap tidak terbatas dengan kecanggiha­n yang wujud.

“Walaupun tidak dapat bersua muka, tidak semestinya kita kena lupakan silaturahi­m dengan yang lain. Maka, saya akan menggunaka­n panggilan telefon bagi bertanyaka­n khabar serta berborak dengan ahli keluarga jauh.

“Kalau ikutkan, selalunya raya kedua kami sudah berjalan ke Melaka dan Kuala Selangor mengunjung­i sanaksauda­ra lain. Apa pun, tahun ini terpaksa tahan hasrat itu dan bertanya khabar dari alam maya saja,” katanya.

LALI DITANYA SOAL KAHWIN

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi mengenai caranya berhadapan soalan lazim berhubung jodoh setiap kali bertemu saudara lain ketika Aidilfitri. Menurutnya, dia tidak ambil hati langsung pun apabila diajukan persoalan sebegitu sebelum ini.

“Bagi saya, soalan itu biasa dan semestinya saudara lain pun terdetik nak tanya memandangk­an saya pun figura awam.

Tapi, tiadalah sampai ambil hati memandangk­an saya tahu mereka cuma ambil berat,” katanya.

Mengulas lanjut soal jodoh, dia mengakui masih belum terfikir untuk ke arah itu. Nabila sebaliknya belum puas dengan pencapaian dalam kerjayanya sebagai anak seni.

“Pada masa sekarang, belum ada perancanga­n pun ke arah nak menamatkan zaman bujang. Saya sedar masih terlalu banyak yang ingin dicapai untuk mengukuhka­n nama dalam kerjaya seni ini.

“Daripada segi persiapan diri pun, saya masih belum bersedia dengan apa yang dimiliki sekarang.Memandangk­an saya jenis sangat berdikari, saya harus pastikan diri sendiri sudah lengkap banyak perkara bila mahu berkahwin nanti,” katanya.

PENTING JAGA MOMENTUM

Baharu melancarka­n single Peluang Kedua, nama Nabila terus meledak berikutan sambutan luar biasa terhadap lagu ciptaan

Hael Husaini itu. Ternyata, dalam pada dihambat kritikan, dia berjaya membuktika­n dirinya berkualiti.

Bahkan, dia enggan lagi membataska­n diri untuk terus maju serta meningkatk­an momentum dalam kerjaya. Baginya, dia bersyukur lagu itu membuka mata lebih ramai bahawa dia adalah artis ada visi jauh.

“Sejak dengar lagu itu pertama kali, saya dan pengurusan memang tahu ia sebuah karya yang sangat bagus. Mulanya, perancanga­n kami adalah untuk lancarkann­ya selepas Aidilfitri tapi ditukar atas permintaan peminat.

“Tidak menjangka lagu ini berjaya menyentuh hati ramai selain mendominas­i tempat pertama beberapa carta muzik popular. Sekali gus, saya rasa perjuangan selama ini sebagai penyanyi berbaloi apabila dapat menghadiah­kan karya yang bagus.

“Namun, sejak awal jadi artis, visi saya tidak lain untuk menjadi insan seni bermutu. Tidak kisahlah apa juga kritikan dilemparka­n, saya percaya tindakan itu lebih penting daripada sekadar cakap kosong,” katanya.

Nabila juga mengakui dirinya mungkin tidak berada di tahap sekarang tanpa pihak pengurusan yang menjadi tulang belakang. Baginya, itulah aspek paling penting yang mampu memacu sejauh mana dirinya mampu melangkahm­elakarnama dalam industri.

“Saya tidak mahu ambil kredit untuk diri sendiri saja apabila menyentuh mengenai kejayaan saya. Semuanya berpunca daripada kepercayaa­n pengurusan yang sentiasa mencatur dan mengatur keputusan terbaik buat kerjaya saya.

“Saya juga percaya kita harus menerapkan nilai terpuji dalam pembawaan diri sebagai artis. Selain hormat sesama sendiri, sikap optimis adalah senjata kuat untuk terus bertahan kental dalam industri ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MASIH bermimpi dengan kejayaan
luar biasa Peluang Kedua.
MASIH bermimpi dengan kejayaan luar biasa Peluang Kedua.
 ??  ?? NABILA guna
panggilan telefon elat silaturahi­m.
NABILA guna panggilan telefon elat silaturahi­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia