Harian Metro

HIBURAN DAKWAH SEPANJANG SYAWAL

Pelbagai rancangan disediakan TV Alhijrah bersesuaia­n dengan tema sambutan Syawal Menyatu Hati

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Menjadi kelaziman buat stesen TV Alhijrah untuk menjadi jaguh Ramadan semenjak stesen ini ditubuhkan. Disebabkan itu, TV Alhijrah mengguna pakai pelbagai strategi dalam memastikan semua penonton mendapat ilmu bermanfaat menerusi sajian rancangan terbaiknya.

Namun begitu, tahun ini TV Alhijrah tampil berbeza apabila perjuangan Ramadan diteruskan hingga Syawal dengan memperbany­akkan lagi rancangan hiburan dakwah bersesuaia­n dengan tema sambutan Syawal Menyatu Hati.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris, berkata, tayangan empat filem baharu terbitan produksi tempatan dan luar negara antara kelainan yang dipersemba­hkan TV Alhijrah.

Filem itu terdiri daripada Geran akan ditayangka­n pada 29 Mei ini dan tiga lagi filem dari Indonesia iaitu Makaikat Kecil (30 Mei), Iqro My Universe (6 Jun) dan Kalam Kalam Langit

(13 Jun). Kesemua filem ini ditayangka­n jam 9 malam.

“Kebiasaann­ya, perjuangan TV Alhijrah setelah bertungkus­lumus menyediaka­n rancangan ilmiah Ramadan selesai saat bergemanya takbir Aidilfiti. Namun, pada tahun ini, kita teruskan jihad penyiaran hingga tamat Syawal demi memastikan penonton merayakan Aidilfitri bersama keluarga di rumah dengan hiburan berfalsafa­h dan penuh mesej.

“Sudah hampir lima tahun TV Alhijrah tidak menyajikan filem baharu buat semua. Jadi, Syawal kali ini kami bawakan kelainan dengan menyiarkan empat filem baharu tempatan dan antarabang­sa. Ini adalah hadiah dan tanda terima kasih buat penonton yang sentiasa menyokong usaha dakwah kami,” katanya.

Menurut Namanzee, empat filem berkenaan mempunyai keunikan tersendiri selain mesej berguna yang cuba disampaika­n.

“Jalan cerita dan falsafah yang tertanam di sebalik kesemua empat filem ini sudah semestinya bersifat mendidik, menghibur, menyatupad­ukan ummah dan mempunyai nilai-nilai murni universal sebagai tauladan,” katanya.

Filem Geran yang menampilka­n pelakon

Nam Ron, Faizal Hussein, Aeril Zafrel dan ramai lagi berkisar sekitar kehidupan dua sahabat baik iaitu Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan sepergurua­n di dalam dunia persilatan.

Namun, hubungan akrab milik mereka berdua akhirnya goyah kerana satu peristiwa yang tidak disangkasa­ngka. Bermula detik itu, mereka saling bermusuhan dan menyimpan dendam.

Bagi filem Malaikat Kecil, ia Budi, seorang autisme datang ke

Jakarta untuk mengubah kehidupan keluargany­a. Sebagai ayah yang amat mengasihi anak-anaknya iaitu Ratih dan Iyan,

Budi berjanji untuk membelikan baju baharu kepada kedua-duanya andai mereka mampu berpuasa penuh di bulan Ramadan.

Budi sanggup berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya demi mencari rezeki yang halal. Pada suatu hari, Budi mendapat perkabaran bahawa anaknya sedang sakit dan dirawat di hospital.

Filem ini membariska­n pelakon seperti Dwi Sasono, Tika Bravani, Rachel Patricia, Dhelon F Albers, Cok Simbara, Nella Regar, Dina Mariana dan Mudji Massaid.

Sementara itu, filem Iqro My Universe lakonan Aisyah Nurra Datau, Raihan Khan,

Cok Simbara dan ramai lagi mengisahka­n Aqila adalah seorang kanakkanak yang sangat gemar menuntut ilmu tetapi tidak berminat untuk belajar al-Quran.

Aqila mempunyai datuk yang bekerja sebagai ahli astronomi dan tinggal di Pusat Pemantauan Bintang Boscha. Aqila berhasrat untuk menjadi ahli astronomi dan menjadikan topik itu sebagai salah satu tugasan di sekolah.

Bagi filem Kalam Kalam Langit lakonan Dimas Seto, Elyzia Mulachela, Meriza Febriani dan Mathias Muchus, ia memaparkan kisah pemuda bernama Ja’far yang sejak kecil mendapat didikan agama yang cukup baik daripada kedua-dua orang tuanya. Kebijaksan­aan Ja’far melayakkan dia untuk melanjutka­n pengajian di sebuah sekolah pondok terbaik di Indonesia.

Selain empat filem itu, antara program istimewa lain yang wajib ditonton adalah rancangan Assalamual­aikum, Malaysia QuranTime Istimewa Aidilfitri,

Berita Alhijrah Istimewa Aidilfitri dan E-Kaunter Netizen Syamsul Debat.

 ??  ?? ANTARA rancangan menarik sepanjang Syawal
di TV Alhijrah.
ANTARA rancangan menarik sepanjang Syawal di TV Alhijrah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia