Harian Metro

BERFOTO GANTI ZIARAH

Aidilfitri normal baharu diraikan dengan sesi bergambar raya di lokasi menarik berhampira­n kediaman FOKUS

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Meraikan Syawal dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyaksika­n budaya ziarah raya berubah ‘gaya’ apabila umat Islam di Malaysia ‘terperangk­ap’ di kediaman masing-masing dengan cara tersendiri.

Selain menikmati hidangan tradisi seperti ketupat, lemang dan rendang di rumah, pelepasan bersyarat diberikan oleh kerajaan pada raya pertama dimanfaatk­an warga kota untuk merakam kenangan raya di lokasi menarik berhampira­n.

Tidak semestinya lokasi berkenaan popular sebagai tarikan pelancong, sebaliknya mereka memilih disebabkan memiliki latar belakang baik bangunan mahupun tatarias landskap unik untuk dijadikan gambar kenangan santai raya dalam tempoh PKPB.

Seperti pekerja swasta Elyantie Anis Md Noor, 33, memilih Pusat Komersial LGSB Sungai Buloh Selangor untuk merakam foto raya bersama suami, Helmi Majid Ismail, 40, dan dua anak, Sofea Issabella,7, dan Luqas Deniz, 3.

Katanya, meskipun ia hanyalah kawasan perniagaan yang mempunyai lot kedai namun struktur bangunan terdiri daripada binaan batu bata merah dan putih membuatkan lokasi ini unik.

“Lokasi ini menjadi pilihan kerana kedudukan terpencil dan jarang dikunjungi orang disebabkan lebih kepada bangunan komersial dan bukannya popular bagi tujuan melancong atau merakam foto.

“Saya dan suami pilih disebabkan jaraknya berhampira­n dengan rumah iaitu 10 minit dari Kepong selain anakanak juga gembira dapat keluar sekejap di kawasan berkenaan.

“Pada pengamatan saya, lokasi ini sudah cukup sesuai kerana terdapat landskap dengan pokok atau tanaman trend terkini serta beberapa kafe yang mempunyai gaya masa kini sesuai untuk bergambar.

“Malah mempunyai estetika dan menyuntik mood ‘nostalgik’ apabila adanya struktur batu bata merah dan putih menjadi latar dalam gambar raya keluarga kali ini,” katanya.

Meskipun mengakui rindu dengan suasana kampung dan tidak dapat beraya bersama keluarga, kata Elyantie Anis, dia masih mahu meraikan bersama keluarga dengan cara lebih selamat.

“Biasanya kami akan pulang ke kampung di Kota Bharu, Kelantan untuk bergambar raya tetapi akur dengan perintah PKPB yang melarang pergerakan merentas negeri menyebabka­n kami meraikan di Selangor sahaja.

“Tujuan saya dan suami membawa anakanak bergambar di Pusat Komersial LGSB Sungai Buloh bagi mengelak aktiviti kunjungmen­gunjung ke rumah adik-beradik dan saudara mara sekitar Lembah Klang.

“Kami sekadar bertukar ucapan menerusi panggilan video bersama adikberadi­k dan ibu bapa di kampung. Setidaktid­aknya waktu ‘kosong’ tidak beraya dipenuhi dengan sesi merakam foto bersama anak-anak,” katanya berkesempa­tan bertukar duit raya dengan rakan di lokasi sama sebelum pulang ke rumah.

Selain keluarga Elyantie Anis menjadikan LGSB Sungai Buloh Selangor sebagai lokasi ‘outing’ gambar raya, landskap unik membabitka­n lokasi di kawasan perumahan tidak ketinggala­n menjadi pilihan kebanyakan warga kota untuk merakam foto raya.

Sementara itu bagi Ahmad Termizi Abd

Rahim, 55, berkongsi pula pengalaman raya lalu yang merakam kenangan keluarga besar di lokasi popular di Gunung Lang, Perak.

Katanya julung kali menggunaka­n khidmat fotografi profesiona­l semata-mata untuk merakam gambar raya bersama keluarga dirasakan berbaloi apabila melihat hasil sebagai kenangan kemudian hari.

“Tahun sebelum ini memang meriah kerana adik-beradik saya sembilan orang akan berkumpul.

Jadi biasanya anak-anak buah dan sebahagian adikberadi­k gemar bergambar di rumah-rumah kampung.

“Pantang jumpa lokasi seperti sawah padi, tepi tasik dan sungai, ada sahaja ruang digunakan untuk merakam gambar. Tahun lepas anak buah saya upah jurufoto profesiona­l untuk rakam gambar di Gunung Lang.

“Berlatarka­n rumah kampung, bunga hutan unik sebagai landskap seperti heliconia dan tasik menyuntik pemandanga­n luar biasa lokasi berkenaan. Apabila belek gambar raya lepas, kerinduan dengan kemeriahan raya terubat sedikit,” katanya.

Turut serta dalam sesi bergambar itu ialah isterinya, Azura Yaacob, Nur Syuhada Ahmad Termizi, 23, Nur Athirah, 19 dan Nur Syazwani, 13 bersama lebih 20 ahli keluarga lain pada raya tahun lalu.

 ??  ?? LATAR bangunan menggunaka­n bata merah membuatkan sesi foto raya berlatarka­n
pemandanga­n unik.
LATAR bangunan menggunaka­n bata merah membuatkan sesi foto raya berlatarka­n pemandanga­n unik.
 ??  ?? MERAKAM foto
dengan tasik di Gunung Lang.
MERAKAM foto dengan tasik di Gunung Lang.
 ??  ?? LOKASI suasana kampung lokasi ‘outing’ raya lalu dirakam Ahmad Termizi.
ALIH ziarah raya dengan santai berfoto di lokasi pusat komersial.
PENJARAKAN sosial dalam gambar.
AKSI ‘kandid’ raya Elyantie Anis dan keluargany­a ketika ‘outing’ raya.
RUMAH kampung tarikan unik di Gunung Lang menjadikan ia popular sebagai lokasi gambar ‘outing’ raya.
LOKASI suasana kampung lokasi ‘outing’ raya lalu dirakam Ahmad Termizi. ALIH ziarah raya dengan santai berfoto di lokasi pusat komersial. PENJARAKAN sosial dalam gambar. AKSI ‘kandid’ raya Elyantie Anis dan keluargany­a ketika ‘outing’ raya. RUMAH kampung tarikan unik di Gunung Lang menjadikan ia popular sebagai lokasi gambar ‘outing’ raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia