Harian Metro

LOKASI IDEAL BERIADAH

Beberapa destinasi menarik berhampira­n di Selangor, Kuala Lumpur melepas lelah selepas tamat PKPB nanti

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Percutian semula jadi antara diperlukan kebanyakan warga tempatan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

(PKPB) tamat kelak.

Kunjungan ke kawasan hijau lagi semula jadi boleh memberi ketenangan dan relaks selepas mengharung­i tempoh PKPB.

Namun begitu, dalam keterujaan merencana jadual percutian atau perjalanan diidamkan selepas PKPB, sebaiknya elakkan daripada melakukan perjalanan jauh.

Justeru warga Selangor mahupun Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Serendah antara lokasi ideal sebagai destinasi permulaan untuk membiasaka­n diri dengan pengalaman percutian.

Selain memiliki ‚port‘ air terjun jernih, dusun serta belukar sesuai untuk aktiviti riadah ringan membolehka­n pengunjung dari ibu kota memandu mahupun merancang perjalanan singkat ke daerah ini.

Kalau dari Kuala

Lumpur, perjalanan hanya sejauh kira-kira 20 hingga 30 kilometer dengan tempoh tidak melebihi dua jam pemanduan.

Di sini penulis kongsikan tiga penginapan cukup menarik boleh dicuba pengunjung mahukan destinasi rehat yang tidak jauh dari ibu kota.

Sekeping Serendah

Pengalaman bermalam dalam hutan seolah-olah dipayungi kanopi itu yang boleh digambarka­n mereka yang tinggal di resort berkenaan. Kedudukann­ya terletak dalam hutan hujan tropika seluas lima ekar menjadikan ia resort percutian terpencil di dalam rimba.

Aktiviti boleh dilakukan pengunjung termasuk berenang kerana destinasi itu dilengkapi dua kolam renang, merentas hutan dan sesi barbeku. Menyantuni masyarakat Orang Asli di perkampung­an terletak kita-kira lima minit dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu, antara pengalaman yang perlu dicuba.

Carpe Diem Serendah

Nostalgia menjadi budak kampung dan itulah ‚momen‘ ingin diberikan operator Carpe Diem kepada pengunjung apabila bukan sahaja resort dikeliling­i dusun buah seperti di kampung, malah permainan seperti congkak dan memberi makanan kepada haiwan ternakan antara aktiviti boleh dilakukan pengunjung.

Lebih unik tujuh jenis penginapan sebahagian­nya menggunaka­n nama buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian dan pulasan menyuntik kemeriahan seperti kehidupan suasana kampung.

Bukan rumah kampung biasa, malah ia turut memiliki kemudahan kolam renang untuk beriadah bersama anak-anak dan pada waktu senggang boleh diisi juga dengan aktiviti memancing di kolam berhampira­n. Untuk sampai pengunjung dari Kuala Lumpur perlu memandu selama 45 minit.

Tasik Kebun Serendah, Selangor.

Tasik Kebun Serendah sering ditempah sebagai tempat percutian keluarga atau ‚reunion‘ sekolah kerana kedudukann­ya tidak jauh dengan Kuala Lumpur. Lebih menarik ia turut memiliki kawasan hijau dan lokasi rekreasi air.

Kemudahan lain iaitu sambungan Internet Wi-Fi bermakna meskipun mahu berada dalam kediaman semula jadi anda masih boleh menggunaka­n talian Internet. Kemudahan lain ialah kolam renang luar dan restoran.

Kalau berenang dengan air terjun, lokasi terhampir ialah empat kilometer iaitu di Air Terjun Serendah untuk mandi air terjun segar dan berkelah. Selain kemudahan jamuan barbeku disediakan dengan tempahan khas.

 ??  ?? REKAAN mesra alam.
REKAAN mesra alam.
 ??  ?? KOLAM renang untuk aktiviti keluarga
KOLAM renang untuk aktiviti keluarga
 ??  ?? GAYA hidup kampung di Carpe Diem.
GAYA hidup kampung di Carpe Diem.
 ??  ?? PEMANDANGA­N hijau bagi penginap di Sekeping Serendah.
PEMANDANGA­N hijau bagi penginap di Sekeping Serendah.
 ??  ?? SELESA penginapan di Carpe Diem.
SELESA penginapan di Carpe Diem.
 ??  ?? SELESA ruang inap di Tasik Kebun.
SELESA ruang inap di Tasik Kebun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia