Harian Metro

DUIT RAYA GAYA BAHARU

Tradisi ketika berhari raya tidak ditinggalk­an kini dalam PKPB kaedah berubah kepada transaksi dalam talian

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Bercerita mengenai keseronoka­n setiap kali tibanya Syawal ketika zaman kanak-kanak, masih terbayang kenangan mengumpul dan mengira duit raya selain menjadi saat paling membahagia­kan.

Tidak hanya jumlah, kadangkala warna dan corak sampul diberikan tuan rumah juga membuatkan penulis dan adik-beradik bercerita sebaik pulang dari beraya di rumah jiran.

Cuma untuk Syawal kali ini perubahan dirasai kerana pandemik Covid-19 yang memaksa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan kepada rakyat Malaysia termasuk mengehadka­n aktiviti ziarah raya mahupun warga kota pulang ke kampung.

Ia secara tidak langsung mempengaru­hi kaedah pemberian duit raya kepada sanak-saudara mahupun kenalan disebabkan terpaksa berjauhan selain kurang kunjungan antara satu sama lain. Di sebalik kesukaran itu ada jalan lain bagi membantu pemberian duit raya kepada keluarga tersayang.

Bagi anak buah yang ada di Kuala Lumpur, mereka masih menerima sampul raya cuma untuk yang di luar saya menggunaka­n aplikasi perbankan

dalam talian

HAZWAN HAFIZ

Menurut pekerja swasta Hazwan

Hafiz Mohd Puzi, 34, julung kali pemberian duit raya menerusi transaksi dalam talian bagaimanap­un masih tidak menghalang tradisi (pemberian secara terus) dilakukan meskipun ketika PKPB.

“Bercerita mengenai raya, biasanya saya akan pulang ke Kampung Oran, Mata Ayer,

Perlis. Saya anak kedua daripada empat beradik. Dua sudah berkahwin dan mempunyai enam anak buah.

“Persiapan biasanya paling utama ialah duit raya untuk anak buah dan ibu bapa. Jadi, saya akan ketepikan bajet raya siap-siap untuk mereka, bakinya barulah kepada saudara- mara, anak kenalan dan jiran tetangga,” katanya.

Tambah Hazwan, tahun ini Syawal diraikan dalam keadaan luar biasa apabila hanya beraya dengan adikberadi­k terdekat dan kenalan sahaja.

“Tahun ini memang berlainan kerana pertama kali beraya di Kuala Lumpur disebabkan PKPB. Tetapi tidak bermaksud sambutan itu hambar kerana saya meraikanny­a bersama adik-beradik dan rakan taulan.

“Bagi anak buah yang ada di Kuala Lumpur, mereka masih menerima sampul raya cuma untuk yang di luar saya menggunaka­n aplikasi perbankan dalam talian. Sekarang semuanya di hujung jari tidak dapat bersua muka, masih boleh berhubung menerusi panggilan telefon dan video, aplikasi WhatsApp, Telegram dan media sosial termasuk Facebook serta Instagram untuk memohon maaf atau simbolik bersalamsa­laman," katanya.

Pada masa sama, Hazwan sempat berkongsi pengalaman tradisi memberi duit raya. Katanya, zaman dia menerima duit raya dahulu ada perbezaan apatah lagi nilai duit semakin kecil.

“Dulu biasa terima seringgit dua daripada tuan rumah, tetapi sekarang sekurangku­rangnya RM5 kerana sepadan dengan nilai barang semasa yang jauh lebih mahal.

Zaman sekarang juga sudah berubah apabila permainan mereka adalah gajet berbanding permainan robot ketika saya kecil dulu,” katanya.

Manakala jurutera, Muhammad Aizat Mahmud, 25, pula berkata, meskipun tidak dapat pulang ke kampung dan menyerahka­n duit raya baik kepada anak buah mahupun adiknya, aplikasi perbankan memudahkan urusan.

“Urusan atas talian sebenarnya lebih selamat dan telus. Isi jumlah, tekan dan hantar. Jumlah yang sama akan masuk tanpa perlu susah payah masukkan dalam sampul. Cara itu lebih selamat dan mudah kerana boleh jejak ke mana wang itu dimasukkan.

“Rasanya kaedah ini lebih mudah kerana tidak akan ada isu orang terima dua kali atau tidak terima langsung kerana semua transaksi direkodkan. Saya boleh semak orang yang masih tidak terima dalam senarai atau bajet saya,” katanya.

Tambah Muhammad Aizat lagi, untuk adiknya, Muhammad Nazmi ,21, dia memberi duit raya menerusi

Touch 'n Go eWallet kerana kebanyakan transaksi atau pembelian menggunaka­n aplikasi itu.

Perubahan tradisi pemberian duit raya atas talian itu disambut baik Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor Dr Lai Wei Sieng.

Kata Dr Lai,, selain memastikan keselamata­n iaitu tiada sentuhan berlaku ketika pandemik Covid-19, kaedah tanpa tunai dan tanpa sentuh khususnya pemberian duit raya selari dengan kebiasaan baharu membudayak­an amalan menyimpan daripada berbelanja.

“Kebaikan sertamerta saya lihat menerusi normal baharu dalam pemberian duit raya ini ialah kanak-kanak secara tidak langsung dididik dengan budaya menyimpan. Kalau sebelum ini mereka dapat duit ditangan dan boleh terus berbelanja tetapi atas talian ada kaedah tertentu.

“Biasanya duit itu masuk dahulu kepada bank dan kalau mereka hendak guna dan pakai perlu ada pengetahua­n orang dewasa. Tidak mudah dan mereka belajar untuk lebih banyak menyimpan.

“Selain itu untuk skop yang lebih luas ialah kebaikan pada pihak bank. Apabila banyak tunai disimpan dalam bank, aliran tunai itu membantu bank mempunyai kekuatan mencukupi untuk tawarkan pinjaman dan sebagainya,” katanya.

Beliau berharap lebih ramai pihak terutama golongan warga lebih berusia bersedia untuk beralih kepada tradisi baru itu yang dilihat memberi banyak kebaikan berbanding keburukan.

 ??  ??
 ??  ?? PALING teruja ialah kanak-kanak.
PALING teruja ialah kanak-kanak.
 ??  ?? AIZAT memanfaatk­an pemberian duit raya atas talian kepada adiknya.
AIZAT memanfaatk­an pemberian duit raya atas talian kepada adiknya.
 ??  ?? SETIAP tahun Hazwan beraya di Perlis kecuali tahun ini secara bersendiri­an.
SETIAP tahun Hazwan beraya di Perlis kecuali tahun ini secara bersendiri­an.
 ??  ?? HAZWAN mesra dengan anak buahnya.
HAZWAN mesra dengan anak buahnya.
 ??  ?? DR LAI
DR LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia