Harian Metro

BAHAN PREMIUM HASIL TERBAIK

Adunan biskut perlu direhat dalam 15 minit untuk mendapat tekstur yang baik dan rangup RESIPI

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Ketibaan

Aidilfitri berbaki lagi dua minggu dan pastinya ramai memikirkan apakah biskut yang sesuai baik untuk dinikmati sendiri atau hidangan untuk keluarga.

Justeru, satu resipi mudah dikongsika­n Mohd Rahmat Bahaudin atau Cef RB, menggunaka­n bahan popular dalam masakan tradisi seperti kelapa kering dan gula melaka sebagai kelainan dalam pilihan biskut untuk sajian lebaran.

Katanya, untuk mendapat tekstur biskut yang baik dan rangup, sebaiknya selesai adunan dan menjadi doh, ia perlu rehat sekitar 15 minit.

“Dalam biskut bahan seperti serbuk penaik memerlukan masa untuk bertindak balas dalam adunan. Jadi sebaikbaik­nya rehatkan adunan supaya dapat hasil biskut bukan sahaja menarik tetapi teksturnya juga baik.

“Selain itu tip lain dalam pembuatan biskut yang baik ialah penggunaan bahan perlulah menggunaka­n premium. Kena ketahui mentega dan tepung yang mana baik bagi adunan biskut sesuai.

“Begitu juga serbuk coklat dan serbuk penaik, lagi baru bahan itu dibeli serta kualitinya pula lebih premium sekali gus membuatkan hasil biskut juga baik,” katanya.

Tambah Cef RB, biasanya orang tempatan lebih gemarkan biskut yang rangup dan itu boleh dilakukan dengan menambah tempoh masa biskut dibakar.

Resipi biskut oat gula melaka

Untuk hidangan: 60 keping

Bahan A

Mentega (salted) 115g Gula Perang 70g

Gula Melaka 40g (potong halus)

Golden Syrup 85g

Esen Vanilla 1/2 sudu besar

Bahan B

Garam laut 1/2 sudu besar Telur (A) 1 biji

Tepung Gandum 110g

Oat 120g

Kelapa Kering 80g

Serbuk penaik 1/2 sudu besar

Cara-Cara

1. Pukul mentega, gula dan separuh gula melaka sehingga tampak tekstur berkrim. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.

2. Di dalam bekas lain, campurkan separuh lagi gula melaka bersama oat, gaul rata.

3. Kemudian campurkan sekali bahan-bahan B di dalam satu bekas yang lain pula.

4. Masukkan ‘golden syrup’ berselang seli dengan campuran bahan B. Gaul sebati.

5. Rehatkan doh biskut tadi selama 15 minit.

6. Menggunaka­n acuan dengan kaedah ‘scoop’ saiz 25mm ‘dan uli bulat.

7. Panaskan oven pada suhu 165-170C, bakar selama 20-25 minit. Kalau doh dibakar bertukar warna perang, ia sudah masak.

8. Selepas keluar dari oven tekan sedikit biskut tetapi langkah ini terpulang. Langkah ini buat mereka yang suka buang udara dan cookies nampak lebih cantik apabila dileperkan.

 ?? FOTO ?? BISKUT oat gula melaka yang rangup dan enak menggunaka­n bahan premium.
FOTO BISKUT oat gula melaka yang rangup dan enak menggunaka­n bahan premium.
 ??  ?? ANTARA bahan diperlukan untuk membuat biskut oat gula melaka.
ANTARA bahan diperlukan untuk membuat biskut oat gula melaka.
 ??  ?? CEF RB (kanan) bersama pembantu menunjukka­n cara membuat biskut.
CEF RB (kanan) bersama pembantu menunjukka­n cara membuat biskut.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia