Harian Metro

MHC tiada niat tangguh pembayaran hadiah kemenangan

-

Malah sebelum ini MHC tak pernah gagal membayar wang kemenangan kepada pasukan bertanding

Anil Jeet

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) tidak berniat untuk menangguhk­an pembayaran hadiah wang kemenangan yang masih belum diperoleh oleh pasukan terbabit di saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) berakhir hujung Februari lalu.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an MHC, Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata, perkara itu diselesaik­an antara Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal bersama penaja utama, TNB.

“Oleh kerana pelbagai kekangan termasuk tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilalui sehingga kini, semua urusan termasuk pembayaran wang kemenangan agak tertangguh sedikit.

“Presiden sudah pun menemui wakil TNB dan saya yakin ia akan diselesaik­an dalam tempoh terdekat. MHC bukan sengaja hendak menangguhk­an pembayaran hadiah kemenangan.

“Malah sebelum ini MHC tak pernah gagal membayar wang kemenangan kepada pasukan bertanding,” katanya yang juga Naib Presiden MHC ketika dihubungi.

Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dilaporkan kecewa dengan MHC yang didakwa masih gagal membayar wang kemenangan itu.

Skuad Hockademy wanita yang berada di bawah naungan KLHA, menjuarai saingan Liga Hoki Wanita pada Februari lalu, namun sehingga kini masih belum meraih hadiah kemenangan RM50,000 serta tambahan RM15,000 selepas muncul naib juara Piala Vivian May Soars.

Megat berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada badan induk itu selain menegaskan wang kemenangan berkenaan amat penting untuk semua pemain ketika ini.

 ??  ?? SUBAHAN
SUBAHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia