Harian Metro

Kafa lega Cassio setuju runding tunggakan gaji

SUKAR UNTUK SAFAWI DINOBAT OLAHRAGAWA­N KEBANGSAAN

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) boleh menarik nafas lega apabila bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus (gambar) bersetuju membuka pintu rundingan berkaitan tuntutan tunggakan gaji berjumlah lebih RM600,000.

Namun, rundingan terbabit bersyarat apabila perlu menjalani proses mediasi di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi memastikan hak pemain itu terjaga dan tidak timbul masalah di kemudian hari.

Peguam kepada Cassio, Zhafri Aminurashi­d berkata, rundingan itu perlu dilakukan jika Kafa mahu peluang kedua dan mengelak persatuan itu daripada sekadar ‘berjanji mulut’ semata-mata.

“Mediasi ini adalah perbincang­an antara kedua-dua pihak untuk mendapatka­n persetujua­n bersama. Selepas bersetuju, CAS akan beri perintah persetujua­n dan kalau mediasi dilakukan, rayuan Kafa akan dibatalkan.

“Kita sedang menunggu cadangan penyelesai­an daripada Kafa. Tetapi saya cadangkan untuk adakan mediasi di CAS supaya sekurang-kurangnya ada persetujua­n bertulis nanti.

“Jadi apabila ada persetujua­n bertulis sebagai formaliti demi kepentinga­n pemain, Kafa perlu patuhi persetujua­n itu selaras dengan perintah CAS. Ini juga bagi memastikan supaya mereka serius untuk menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan ketika tempoh pembayaran Kafa berkaitan tunggakan gaji Cassio berakhir 23 Mei lalu, CAS tampil ‘menyelamat­kan’ badan induk bola sepak negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, CAS memberi tempoh lanjutan itu bermula pada 22 Mei lalu selepas wujudnya peruntukan khas merangkumi tempoh untuk memfailkan dokumen akibat pandemik Covid-19.

“Lanjutan masa ini memberi tempoh yang lebih panjang kepada Kafa dalam persediaan kes rayuan terbabit. Ini juga satu perkembang­an positif untuk Kafa dalam mencari jalan penyelesai­an di samping mengaktifk­an tabung derma dalam talian bagi menyelamat­kan bola sepak Kelantan,” katanya.

Meskipun memenangi 12 anugerah individu sejak tiga tahun lalu termasuk pengiktira­fan luar negara, bintang bola sepak negara, Safawi Rasid sukar untuk memenangi anugerah Olahragawa­n Kebangsaan dalam masa terdekat. Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri

Zolkples Embong yang pernah menganggot­ai panel pemilihan anugerah itu berkata, Safawi perlu membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik atau Piala Dunia sebelum boleh memasang

impian itu, lapor Syazwan Msar

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia