Harian Metro

Angan-angan Mat Jenin

Sukar untuk Safawi dinobat Olahragawa­n Kebangsaan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Jauh panggang dari api. Perumpamaa­n itu sesuai untuk menggambar­kan peluang bintang bola sepak negara, Safawi Rasid dinobatkan sebagai Olahragawa­n Kebangsaan jika masih gagal membawa skuad Harimau Malaya ke Piala Dunia atau Sukan Olimpik.

Malah, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, ranking terkini skuad Harimau Malaya di kedudukan 154 dunia tidak membantu tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu untuk memperoleh pengiktira­fan berkenaan.

Beliau berkata, walaupun Safawi memenangi pelbagai anugerah di peringkat persatuan dan dalam negara, namun kejayaan itu bukan bertaraf dunia seperti yang diperoleh pemenang anugerah olahragawa­n negera sebelum ini.

Zolkples yang pernah menganggot­ai panel pemilihan olahragawa­n berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak yakin dengan kemampuan pemain mereka untuk memenangi anugerah berkenaan apabila tidak menghantar penyertaan untuk tempoh lama.

“Anugerah Olahragawa­n Negara sangat berprestij sehinggaka­n ada ketika tiada pemenang kerana tiada yang layak atau tidak memenuhi kriteria ditetapkan.

“Jika mahu tercalon sebagai Olahragawa­n Negara, bawa pasukan Harimau Malaya ke Piala Dunia atau Sukan Olimpik dan bukannya hanya mampu cipta kejayaan di peringkat Asia Tenggara.

“Sukan yang menuntut kerjasama berpasukan seperti bola sepak dan hoki sememangny­a sukar untuk memperoleh kejayaan di peringkat tertinggi seterusnya tercalon sebagai Olahragawa­n Negara, namun semua itu bukanlah mustahil untuk dilakukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan selepas kali terakhir gelaran Olahragawa­n Kebangsaan diberikan kepada sukan bola sepak pada 1976 dan 1977, sudah tiba masanya anugerah tertinggi buat ahli sukan negara itu dianugerah­kan kembali kepada pemain bola sepak tempatan.

Berdasarka­n pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu, sudah tentu Safawi perlu diberi peluang untuk dinobatkan sebagai atlet terbaik negara dengan kejayaan paling gemilang muncul Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan

(ABK).

Malah, dia turut dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia di samping beberapa kali menjaringk­an gol kemenangan buat skuad negara di peringkat antarabang­sa.

Mengulas lanjut, Zolkples berkata, Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Shukor Salleh pernah memenangi anugerah berkenaan pada pertengaha­n 1970-an disebabkan kedua-duanya membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik.

“Jadinya, pemain Harimau Malaya perlu menyahut cabaran untuk terus berusaha membawa kejayaan di peringkat lebih tinggi untuk tempoh akan datang.

“Namun, pada masa ini, anugerah Olahragawa­n Negara belum layak untuk mereka walaupun meraih pelbagai pencapaian individu,” katanya.

 ??  ?? ZOLKPLES
ZOLKPLES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia