Harian Metro

‘Masih pasang impian’

-

Seremban:

Bekas pemain utama Negeri Sembilan, N Thanabalan, masih memasang impian untuk beraksi bersama skuad kebangsaan biarpun ketika ini beraksi dengan pasukan Perak FA 11 di pentas Liga Perdana.

Bekas penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu yang dipinjamka­n dari pasukan Kedah berkata, biarpun saingan untuk merebut tempat ke dalam skuad kebangsaan dilihat semakin mencabar kerana ramai pemain muda yang hebat, impian menyarung jersi skuad negara belum luput.

“Impian menyarung jersi pasukan negara memang sentiasa tersemat dalam sanubari saya, namun ketika ini saingan dilihat amat mencabar kerana ramai pemain berbakat terutama dari pasukan Liga Super.

“Malah, saingan juga dihadapi daripada pemain naturalisa­si yang dilihat mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kerana kebolehan dan pengalaman mereka beraksi bersama kelab luar negara.

“Bagaimanap­un, semuanya tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha meningkatk­an prestasi dengan harapan satu hari nanti dapat semula peluang menyertai skuad kebangsaan,” katanya di sini, semalam.

Thanabalan mula mencipta nama apabila pemain kelahiran Rantau, Negeri Sembilan berusia 24 tahun itu membantu skuad B-23 negara muncul juara pusingan kelayakan Kejohanan Bola Sepak AFC B-23 di Bangkok pada 2017.

Dia menyumbat dua gol dalam aksi penentuan pusingan kelayakan itu sekali gus membawa skuad negara layak bersaing dalam kumpulan C, Kejohanan AFC B-23 di China pada Januari 2018, yang turut membabitka­n Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia