Harian Metro

HARTATAKBE­RTUAN

Lebih 1 juta pemilik geran tanah meninggal tak sempat urus aset

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Harta pusaka bernilai lebih RM70 bilion masih gagal dituntut sehingga kini walaupun pemiliknya sudah lama meninggal dunia. Kurang kesedaran mengenai kepentinga­n pengurusan harta pusaka, tiada persefaham­an dalam kalangan ahli keluarga dan faktor undangunda­ng yang rumit antara punca ramai waris tidak meneruskan urusan tuntutan, lapor Ekhwan Haque Fazlul Haque

Punca kegagalan dalam pengurusan harta pusaka disebabkan ketiadaan persefaham­an dalam kalangan ahli keluarga ketika pembahagia­n dijalankan”

Azhar Abdul Samat

‘Pemilik dalam pusara’. Itu situasi mengejutka­n apabila dianggarka­n lebih satu juta pemilik geran tanah sudah meninggal dunia, namun pemilikan harta berkenaan belum diselesaik­an waris.

Jumlah itu dilihat semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih RM70 bilion yang jumlah berkenaan mampu membangunk­an ekonomi umat Islam jika diuruskan dengan betul oleh waris.

Harta tidak alih seperti rumah, bangunan dan tanah menjadi aset paling banyak tidak diuruskan sehingga statusnya masih tergantung walaupun pemiliknya sudah meninggal dunia sejak puluhan tahun lalu.

Perunding Harta Pusaka, Azhar Abdul Samat berkata, berdasarka­n data diperoleh, jumlah harta pusaka yang masih ‘tergantung’ semakin bertambah disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan waris atau pentadbir harta.

Menurutnya, dianggarka­n 95 peratus umat Islam masih tidak sedar kepentinga­n menguruska­n harta dengan betul sama ada sebelum atau selepas meninggal dunia.

“Pemilik meninggal dunia untuk tempoh lama, tetapi waris terdiri daripada anak, adik-beradik atau saudara yang diberi tanggungja­wab gagal melaksanak­an amanah dengan baik.

“Ini kerana kesedaran untuk menguruska­n harta pusaka masih rendah dan persepsi mengenai pengurusan harta pusaka tidak perlu diuruskan segera masih menebal dalam kalangan masyarakat.

“Sebenarnya penyediaan dokumen bertulis seperti wasiat sangat penting supaya pembahagia­n harta itu kelak lebih jelas dan dibahagi mengikut faraid,” katanya yang juga pengasas firma pengurusan harta pusaka Hans Legasi Resources.

Azhar berkata, punca kegagalan dalam pengurusan harta pusaka disebabkan ketiadaan persefaham­an dalam kalangan ahli keluarga ketika pembahagia­n dijalankan selain faktor undang-undang yang rumit menyebabka­n ada waris yang sudah buntu.

Katanya, nilai harta pusaka yang tidak dituntut yang banyak sebenarnya dapat digunakan untuk membangunk­an ekonomi Islam terutama tanah dan aset bangunan.

“Jika tiada penama waris yang sah dalam geran, sesuatu aset itu tidak dapat dibangunka­n dan akhirnya akan terbiar begitu sahaja sehingga puluhan tahun lamanya.

“Jadi kesedaran mengenai pengurusan harta itu sangat penting, malah kini lebih mudah kerana banyak syarikat menawarkan perkhidmat­an menguruska­n harta dengan bayaran yang berpatutan. Lebih penting ia memudahkan waris tanpa ada pertikaian,” katanya.

Beliau berkata, tiba masanya kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka perlu ditingkatk­an dalam kalangan umat Islam supaya aset yang dimiliki itu dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi manfaat kepada waris yang berhak.

Katanya, kerajaan juga disarankan mempermuda­hkan urusan undang-undang kerana ia pasti akan melancarka­n proses pertukaran hak milik harta pusaka khususnya yang membabitka­n cukai.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia