Harian Metro

"SAYA TAK BERDAYA"

Tiga beradik lemas tinggal memori bergambar sedondon pada pagi raya

- Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my

“Semangat saya menjadi lemah kali ini...sebagai pemandu van jenazah dan sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan, tetapi kali ini saya tidak berdaya,” kata Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik, Umar Iskandar, 21; Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, yang ditemui lemas semalam.

Walaupun janggal apabila diminta bergambar sambil memeluk bahu tiga daripada sembilan anaknya, Mohd Ismail hanya turutkan kemahuan itu sebagai memori pagi raya.

Namun pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berusia 64 tahun terbabit tidak menyangka foto itu bakal menjadi kenangan terakhirny­a bersama mereka selepas ketiga-tiganya hilang di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini, kelmarin.

Umar Iskandar, 21, yang juga penuntut tahun dua Universiti Malaya dan adiknya, Khairil Firdaus, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang serta Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dilapor hilang di sungai itu kira-kira jam 6.30 petang.

Kata Mohd, sebelum ini tiga beradik itu meminta supaya mereka berpakaian baju Melayu sedondon ketika pagi Aidilfitri dan mahu bergambar berpelukan.

“Memang janggal sikit apabila mereka ajak bergambar dan minta dipeluk sebab kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga yang lain, tetapi saya tidaklah anggap ia pelik.

“Cuma saya tak sangka kini saya kehilangan ketiga-tiganya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya lagi, dia kematian isteri lebih 10 tahun lalu dan berat hati untuk melalui episod kehilangan tiga anak serentak.

Mengimbas kejadian, katanya, dia berada di masjid dekat dengan rumah ketika anaknya ke sungai itu yang terletak 200 meter dari kediaman mereka.

“Sebelum itu, sepupu mereka datang bawa lemang dan saya ke masjid untuk membersihk­an kawasan di situ pada jam 5.30 petang.

“Pada jam 7 malam, anak saudara menemui saya di masjid dan dibawa ke tebing sungai, yang saya lihat ada pakaian, selipar serta telefon bimbit anak,” katanya.

Mohd Ismail berkata, tidak menyangka anaknya mandi di sungai itu kerana mereka jarang jejak kaki ke situ.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba ketika operasi mencari dan menyelamat tiga beradik yang lemas di pesisir Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong.
ANGGOTA bomba ketika operasi mencari dan menyelamat tiga beradik yang lemas di pesisir Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong.
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa
tidak dapat menahan kesedihan selepas mayat tiga beradik berkenaan
ditemui.
AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan selepas mayat tiga beradik berkenaan ditemui.
 ??  ?? ANGGOTA polis dan bomba mengusung ketiga-tiga mayat mangsa lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong, semalam.
MOHD menunjukka­n fotonya berpakaian sedondon dengan tiga
anak lelakinya pada pagi raya.
ANGGOTA polis dan bomba mengusung ketiga-tiga mayat mangsa lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong, semalam. MOHD menunjukka­n fotonya berpakaian sedondon dengan tiga anak lelakinya pada pagi raya.
 ??  ?? ANGGOTA bomba menggunaka­n anjing pengesan
untuk mencari mangsa.
ANGGOTA bomba menggunaka­n anjing pengesan untuk mencari mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia