Harian Metro

Tak terdaya lihat keranda anak

-

“Semangat saya menjadi lemah kali ini...sebagai pemandu van jenazah dan sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan, tetapi kali ini saya tidak berdaya,” kata Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik, Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, yang ditemui lemas semalam.

Pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang itu berkata, dia tidak menafikan berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan.

“Sejak bekerja membawa kenderaan jenazah, saya sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan, tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian,” katanya.

Mohd berkata, dia reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamata­n mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.

“Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik setiap yang buruk ada baiknya,” katanya yang kini menjadi pemandu van jenazah dan pengurusan masjid di kampung berkenaan.

Katanya, tiga anak itu menjadi harapan keluarga dan mereka adalah anak yang baik serta bertanggun­gjawab terhadap keluarga.

Katanya, Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik dan Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, manakala Khairil Firdaus pula tidak pernah berkongsi cita-citanya.

Saya sudah hantar 40 jenazah ke tanah perkuburan, tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian”

Mohd Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia