Harian Metro

Ustaz selamat 4 remaja hanyut

-

Bota: “Saya terkejut dan menjangka pasti ada musibah apabila remaja perempuan itu menahan kereta untuk meminta bantuan dalam keadaan basah kuyup,” kata Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31.

Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadia­h Parit 25 Baroh Tanjung Bayan, Hutan Melintang itu adalah individu yang menyelamat­kan empat remaja perempuan berusia 18 tahun yang hampir lemas dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah, di sini, kelmarin.

Mereka dihanyutka­n arus deras selepas kereta dinaiki bersama seorang lagi rakan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari, seorang mangsa berjaya menyelamat­kan diri dan meminta bantuan dengan menahan kereta yang dipandu Muhammad Nor Imran.

Muhammad Nor Imran berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Hutan Melintang sebelum terkejut melihat seorang remaja perempuan dalam keadaan basah kuyup dan cemas menahan keretanya.

“Melihat keadaan itu, saya dapat mengagak pasti ada musibah yang berlaku dan terus berhenti sebelum dimaklumka­n kejadian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus ke tepi tebing dan melihat dua mangsa sudah dibawa arus agak jauh, malah seorang sudah tidak sedarkan diri manakala dua lagi sedang berpaut pada kayu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia terus terjun ke dalam tali air dan menyelamat­kan dua remaja perempuan yang sedang bergelut dengan arus sebelum berenang semula untuk menyelamat­kan dua lagi rakan mereka.

“Paras air di tali air itu dalam dan ketika itu juga arus agak kuat. Tidak lama selepas itu ada pasangan suami isteri turut membantu memberi bantuan penafasan kepada mangsa.

“Ketika itu saya memang tak fikir banyak, di fikiran hanya memikirkan nyawa mangsa saja dan mahu segera menyelamat­kan mereka, malah penat berenang juga tidak terasa ketika itu,” katanya.

 ??  ?? REMAJA perempuan berdepan detik cemas hampir lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah, Bota, semalam.
REMAJA perempuan berdepan detik cemas hampir lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah, Bota, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia