Harian Metro

Hanya 10 kes

Jumlah kumulatif keseluruha­n 7,629 kes

- Oleh Shamran Sarahan dan Amir Abd Hamid am@hmetro.com.my

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad sebanyak 6,169 kes, 80.9 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes”

Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara hanya merekodkan 10 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruha­n penularan wabak itu sebanyak 7,629 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham

Abdullah berkata, semua 10 kes baharu yang dilaporkan berkaitan penularan tempatan.

Beliau berkata, lima daripada keseluruha­n kes itu bukan warga Malaysia dan tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumka­n terdapat 86 kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj dari wad sebanyak 6,169 kes, 80.9 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 adalah 1,345 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Setakat dilaporkan hari ini, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat jam 12 tengah hari semalam.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 115 kes, 1.51 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Dr Noor Hisham Abdullah

 ??  ?? ANGGOTA polis dan tentera membuat sekatan jalan raya di susur masuk Bukit Mahkota berhampira­n Hentian Rehat dan Rawat Nilai bagi memeriksa orang ramai yang pulang ke Kuala Lumpur pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
ANGGOTA polis dan tentera membuat sekatan jalan raya di susur masuk Bukit Mahkota berhampira­n Hentian Rehat dan Rawat Nilai bagi memeriksa orang ramai yang pulang ke Kuala Lumpur pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia