Harian Metro

354 Pati dirawat

Pendatang positif Covid-19 ditempatka­n di Maeps

- Oleh Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

‘ Kementeria­n Luar Negeri (Wisma Putra) akan berbincang dengan rakan sejawat di tiga negara terbabit bagi urusan penghantar­an pulang” Ismail Sabri Yaakob

Seramai 4,399 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berada di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA selesai menjalani saringan Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya 13 Pati di Depoh Semenyih masih menunggu keputusan.

Menurutnya, turut disaring 353 pegawai dan kakitangan depoh tahanan terbabit apabila seorang kakitangan Depot Tahanan Imigresen Semenyih didapati positif Covid-19.

“Semua yang ada kaitan dengan depoh termasuk pembekal makanan turut disaring. Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, Maeps, Serdang sudah mula beroperasi bagi merawat Pati yang didapati positif Covid-19.

“Sehingga semalam (kelmarin), seramai 354 Pati iaitu Depoh Imigresen Bukit Jalil (305), Semenyih (45) dan KLIA (4) sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, semalam.

Ismail Sabri berkata, sejak Pusat Kuarantin dan Rawatan itu dibuka untuk merawat Pati, seramai 370 Pati sudah menerima rawatan dan 16 sudah discaj.

“Seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan akan menghantar pulang Pati yang didapati negatif Covid-19. Kerajaan ingin berterima kasih kepada tiga negara iaitu Indonesia, Nepal dan Bangladesh yang bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menghantar pulang rakyat mereka.

“Kementeria­n Luar Negeri (Wisma Putra) akan berbincang dengan rakan sejawat di tiga negara terbabit bagi urusan penghantar­an pulang.

“Wisma Putra juga sudah menghantar nota kepada semua kedutaan yang mana rakyat mereka berada di Depoh Tahanan Imigresen,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN yang membawa anggota tentera dilihat memasuki Maeps, Serdang.
KENDERAAN yang membawa anggota tentera dilihat memasuki Maeps, Serdang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia