Harian Metro

PM nafi kuarantin di Singapura

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih dalam kuarantin meluangkan masa 40 minit mengadakan sidang video bagi mendapatka­n perkembang­an terkini berkaitan situasi Covid-19 di Malaysia.

Sidang video itu diadakan bersama Menteri Kanan (Kluster Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Muhyiddin berkata, dalam interaksi beliau bersama mereka, beberapa perkara utama dibincangk­an.

Menurutnya, antaranya kempen menggalakk­an pemimpin komuniti memperkasa komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungja­wab melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan Covid-19.

“Saya percaya kempen ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggun­gjawab dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi dan akhirnya akan meringanka­n beban petugas barisan hadapan (frontliner­s).

“Langkah ini juga sangat penting dalam merangka ‘exit plan’ bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang juga kriteria terakhir mesti dipenuhi sebelum PKPB boleh ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mereka turut berbincang mengenai proses penghantar­an balik pendatang asing tanpa izin (Pati) yang disahkan negatif Covid-19.

Beliau percaya, sekiranya seluruh masyarakat dapat bekerjasam­a dan mengambil tanggungja­wab menjaga komuniti masing-masing, negara ini akhirnya akan berjaya mengakhiri penularan wabak Covid-19.

“Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, saya menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur,” katanya.

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia