Harian Metro

Proses baja sendiri

Aktiviti dijalankan 12 kakitangan untuk jana pendapatan Rumah Amal Kulim

- Oleh Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

Demi memastikan kelangsung­an sumber kewangan, seramai 12 pekerja Rumah Amal Kulim terpaksa memproses sendiri tanah baja dan bercucuk tanam untuk dijual.

Keadaan itu dilaksanak­an selepas pelatih rumah amal itu diminta pulang kepada keluarga berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengetua Rumah Amal Kulim, Zarina Md Noor berkata, rumah kebajikan berkenaan adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada 62 kanak-kanak serta dewasa berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Kami memberi kelas pendidikan kepada pelajar berusia tujuh hingga 18 tahun manakala selebihnya pula diberi latihan kemahiran supaya mereka dapat berdikari kelak.

“Ia membabitka­n pelajar dan pelatih kategori sindrom Down, masalah pembelajar­an, autisme dan hiperaktif,” katanya.

Zarina berkata, rumah yang ditubuhkan sejak 1982 itu beroperasi menggunaka­n dana daripada geran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sumbangan pihak luar serta pendapatan jualan produk dihasilkan pelatih.

Katanya, sejak pelaksanaa­n PKP, sumber pendapatan rumah berkenaan terjejas dan pihaknya tidak lagi menerima kehadiran syarikat korporat yang kebiasaan menjalanka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) masing-masing.

“Sebelum ini, kami juga menjana pendapatan melalui aktiviti yang dilakukan pelatih seperti menjahit, bercucuk tanam, memproses tanah baja dan sebagainya.

“Memandangk­an pelatih tidak dibenarkan hadir ke rumah amal, maka pekerja terpaksa meneruskan kerja mereka untuk memastikan sumber kewangan rumah ini mencukupi,” katanya.

Bagaimanap­un, program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Ramadan 2020 membuka rezeki mereka apabila Rumah Amal Kulim dipilih untuk menerima sumbangan RM5,000.

Zarina berkata, pihaknya berbesar hati dan mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Harian Metro dan syarikat yang terbabit di atas keprihatin­an membantu badan amal ketika mereka berhadapan dengan masalah kewangan.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan meneruskan yang terbaik untuk rumah

Ia membabitka­n pelajar dan pelatih kategori sindrom Down, masalah pembelajar­an, autisme dan hiperaktif

Zarina

amal ini.

“Kami mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang diberikan pihak berkenaan bagi memastikan kelangsung­an rumah kebajikan ini,” katanya.

 ??  ?? BANGUNAN Rumah Amal Kulim yang menyediaka­n kelas pendidikan dan latihan kemahiran kepada 62 kanak-kanak serta dewasa orang kurang upaya (OKU).
BANGUNAN Rumah Amal Kulim yang menyediaka­n kelas pendidikan dan latihan kemahiran kepada 62 kanak-kanak serta dewasa orang kurang upaya (OKU).
 ??  ?? TIMBALAN Pengerusi Rumah Amal Kulim, Zulbakri Shuib menunjukka­n kebun sayur yang diusahakan pelatih Rumah Amal Kulim untuk menjana pendapatan rumah amal berkenaan.
TIMBALAN Pengerusi Rumah Amal Kulim, Zulbakri Shuib menunjukka­n kebun sayur yang diusahakan pelatih Rumah Amal Kulim untuk menjana pendapatan rumah amal berkenaan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar dan pelatih Rumah Amal Kulim.
SEBAHAGIAN pelajar dan pelatih Rumah Amal Kulim.
 ??  ?? ZARINA bersama pelajar OKU yang menerima pendidikan di rumah amal berkenaan.
ZARINA bersama pelajar OKU yang menerima pendidikan di rumah amal berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia