Harian Metro

Raungan 2 anak di sisi jasad

Wanita tunggang motosikal bersama zuriat dirempuh kereta ketika buat pusingan U

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my

“Luluh hati ini melihat dua anak menangis di sisi ibunya yang sudah tidak bernyawa, berat hati saya menerima takdir isteri kesayangan sudah pergi buat selamanya,” kata Othman Awang, 41.

Othman, suami kepada Miss Nurul Mohd Deraman, 32, yang maut dalam kemalangan di Kampung Batu 9, Jalan Jedok di sini, jam 8.45 pagi semalam.

Mangsa yang menunggang sebuah motosikal bersama dua anaknya, Muhammad Hasbullah Othman, 5, dan Muhammad Hassim, 14, dipercayai membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah yang sama.

Othman berkata, ketika kejadian dia berada di kedai borong miliknya di bandar Tanah Merah sebelum bergegas ke lokasi kemalangan selepas dihubungi seorang rakan.

“Sebaik sampai saya hanya mampu mengucap panjang melihat sekujur tubuh isteri yang kaku ditutup kain oleh orang ramai.

“Lebih menyedihka­n apabila dua anak saya terutama yang berusia lima tahun masih terkejut sambil menangis teresak-esak di samping jasad ibunya.

“Kali terakhir berjumpa dengan isteri pada awal pagi tadi ketika selesai solat Subuh kerana saya terus ke kedai untuk bekerja.

“Tiada sebarang perubahan pada arwah, namun semalam (kelmarin), dia ada menyuaraka­n berasa sunyi dan bosan kerana terpaksa berada di rumah. Hari raya juga disambut seperti biasa beberapa hari lalu dan dia sempat memohon maaf atas kesilapann­ya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia reda dengan apa yang terjadi tetapi pasti merindui keramahan dan kebaikan isteri selama mereka hidup bersama.

Othman berkata, dua anaknya kini dirawat di Hospital Tanah Merah, manakala jenazah isteri dibawa ke Unit Jabatan Forensik di hospital yang sama.

Katanya, jenazah isterinya akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bendang Nyor selepas Maghrib.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superinten­dan Zainuddin Md Yusuf mengesahka­n ada menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal membawa dua anaknya dipercayai membuat pusingan U sebelum dirempuh kereta yang juga melalui arah yang sama iaitu dari Panglima Bayu ke Tanah Merah.

“Mangsa membuat pusingan U dengan jarak yang sangat dekat menyebabka­n pemandu kereta tidak sempat memperlaha­nkan kenderaan lalu melanggar mangsa.

“Sebaik anggota sampai ke lokasi, mangsa didapati meninggal dunia di tempat kejadian, dua anaknya cedera manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? JASAD ibu yang tidak bernyawa di lokasi kejadian.
JASAD ibu yang tidak bernyawa di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia