Harian Metro

Hidup perlu berlandask­an panduan agama

- Penulis adalah pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah

Walaupun manusia dilengkapi dengan banyak ciri yang membolehka­n mereka menjalani kehidupan dunia dengan baik, dalam masa sama Allah Maha Mengetahui seandai manusia tidak dipandu dengan agama, pasti akan menjadikan kehidupan manusia dalam keadaan bercelaru.

Dengan berpanduka­n kepada ajaran agamalah membolehka­n manusia menyedari yang mana benar dan yang mana batil. Dengan agama juga membolehka­n manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan berdisipli­n. Tidak seperti haiwan yang hidup bebas tanpa peraturan.

Dalam Surah al-Maidah ayat tiga Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini telah Ku sempurnaka­n untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama bagimu.”

Dalam diri manusia ada nafsu yang sentiasa mengajak kepada keburukan. Jadi, sebagai platform paling ampuh dalam mengekang gelora hawa nafsu, maka agama memainkan peranannya. Apabila agama diberikan kedudukan teratas dalam setiap acara kehidupan, maka sukarlah nafsu untuk bermaharaj­alela dan menjerumus­kan manusia ke kancah yang bertentang­an dengan kehendak agama.

Misalnya, sebagai seorang pemimpin sekiranya sentiasa hidup bersendika­n agama maka mustahil untuk seseorang pemimpin melakukan salah laku atau penyelewen­gan kuasa. Hal tersebut kerana dia menyedari bahawa perbuatan sedemikian amat dilarang dalam agama dan si pelakunya bakal mendapat azab Allah di akhirat kelak. Jadi, di sini agama menjadi benteng atau perisai kehidupan seseorang pemimpin.

Demikian juga seandainya kita adalah suami yang memimpin rumahtangg­a bersama isteri dan anak-anak. Suami yang baik adalah mereka yang memandu kehidupan ahli keluarga secara bersama dalam acuan agama. Soal pembinaan akidah yang kukuh akan cuba dilaksanak­an sedaya upaya agar isteri dan anak tidak hidup lepas bebas dengan melanggara etika hidup yang digariskan agama.

Sebagai hamba Allah yang tentunya mengharapk­an balasan syurga di akhirat kelak, maka peganglah ajaran agama sekukuhnya dan bawalah agama dalam setiap agenda kehidupan harian. Hanya dengan berpanduka­n pegangan agama sahajalah yang boleh memberikan kesejahter­aan, keberkatan dan kebahagiaa­n hidup di dunia dan akhirat.

Ingatlah selalu akan pesanan Baginda SAW sebagaiman­a terkandung dalam sabdanya yang diriwayatk­an oleh Abu Daud yang antara lain sabda Baginda bermaksud: “Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa), tetapi pandanglah kepada yang kamu menderhaka­i-Nya (Allah).”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia