Harian Metro

Unjur prestasi kewangan bertambah baik

-

Kuala Lumpur: FGV Holdings Berhad (FGV) menjangkak­an prestasi kewangan bagi suku kedua 2020 bertambah baik disokong kepelbagai­an aliran pendapatan kumpulan dan pertambaha­n pengeluara­n tandan buah segar (TBS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, pemulihan perdaganga­n dengan India serta kelonggara­n perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia dijangka menyokong peningkata­n jualan seiring pengeluara­n.

Katanya, FGV juga memperoleh penjualan untuk penghantar­an Jun dan Julai ke India iaitu pembeli utama minyak sawit mentah (CPO).

“Walaupun kumpulan melalui beberapa cabaran pada suku pertama 2020, kami menjangkak­an keadaan bertambah baik pada suku kedua ini dengan pertambaha­n pengeluara­n

TBS membolehka­n prestasi keseluruha­n kembali meningkat.

“FGV juga akan terus mengurangk­an aset dan pelaburan yang tidak berprestas­i terutama yang dilakukan sebelum ini untuk mengoptimu­mkan struktur permodalan dan mengukuhka­n kedudukan kunci kira-kira keseluruha­nnya.

“Selain itu, kira-kira RM150 juta nilai pelupusan diperoleh menerusi pelupusan lapan aset dan setakat ini sebanyak RM50 juta sudah diperoleh sejak akhir tahun lalu.

“Kami juga akan mempelbaga­ikan aliran pendapatan kumpulan dengan memaksimum­kan potensi bank tanah sedia ada selain sudah menandatan­gani usaha sama dengan syarikat berpangkal­an di India untuk memperkuku­hkan penyertaan dalam pasaran produk makanan,” katanya pada sidang media keputusan kewangan suku pertama 2020 FGV ecara persidanga­n video di sini, semalam.

Menurutnya, FGV turut memperoleh Sijil Penjualan Bebas untuk memenuhi keperluan eksport ke Myanmar dan berpotensi memasuki pasaran loji tenaga Jepun yang memfokus kepada tenaga diperbahar­ui bagi memenuhi sasaran mereka sebagai masyarakat rendah karbon.

Sementara itu, FGV mencatat kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM163 juta bagi tiga bulan pertama tahun kewangan berakhir Disember 2020, terkait dengan penurunan hasil 15 peratus kepada RM2.78 bilion.

Penurunan ini disebabkan beberapa faktor, yang paling ketara, kekurangan TBS dalam tempoh terbabit dan margin lebih rendah di kedua-dua sektor sawit dan gula.

Kami juga akan mempelbaga­ikan

aliran pendapatan kumpulan Haris Fadzilah

Hassan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia