Harian Metro

Naik 0.7 peratus

BHB catat keuntungan sebelum PBZT pada 1Q20

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

BIMB Holdings Berhad (BHB) melaporkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2020 (1Q20) sebanyak RM321.8 juta, mewakili peningkata­n 0.7 peratus atau RM2.2 juta.

Bagi tempoh itu, keuntungan bersih boleh diagih kepada pemegang saham naik 3.3 peratus atau RM6.7 juta kepada RM209.2 juta.

BHB dalam kenyataan berkata, anak syarikatny­a, Kumpulan Bank Islam (Bank

Islam) mengekalka­n pencapaian lebih baik pada suku pertama tahun ini, sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuha­n dalam aktiviti perniagaan.

Bank Islam mencatatka­n pembiayaan aset bersih tahun ke tahun berkembang RM4.4 bilion atau 9.5 peratus untuk mencecah RM50.4 bilion pada akhir Mac 2020.

“Komposisi jumlah akaun semasa dan simpanan serta akaun pelaburan transaksi (CASATIA) BHB juga berada pada aras sihat iaitu 35.9 peratus daripada jumlah akaun deposit dan pelaburan pelanggan.

“Bagaimanap­un, jumlah pembiayaan terjejas kasar setakat 31 Mac 2020 berada pada tahap RM427.1 juta berbanding RM443.4 juta yang dicatatkan setakat 31 Mac 2019.

“Namun, kedudukan modal bank kekal sihat untuk terus menyokong pertumbuha­n perniagaan dengan Jumlah Nisbah Modal 19.3 peratus setakat 31 Mac 2020,” katanya.

Menurutnya, sektor perbankan negara dijangka berdepan persekitar­an operasi yang amat mencabar ekoran penularan wabak Covid-19 dan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di samping harga minyak mentah yang tidak menentu.

“Kualiti aset mungkin terkesan, dipengaruh­i oleh pembiayaan yang terjejas.

Namun, pelan bantuan moratorium enam bulan bagi pembayaran semula pembiayaan yang diperkenal­kan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangk­an impak negatif kredit jangka terdekat kualiti aset,” katanya.

Sementara itu, Takaful Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) merekodkan keuntungan RM114.2 juta bagi suku pertama 2020, lebih tinggi berbanding RM113.3 juta tempoh sama tahun lalu.

Kedudukan modal bank kekal sihat sokong pertumbuha­n

perniagaan

 ??  ?? BANK Islam kekal pencapaian lebih baik pada suku pertama tahun ini.
BANK Islam kekal pencapaian lebih baik pada suku pertama tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia