Harian Metro

Program BCD bantu PKS terjejas

-

Kuala Lumpur: Digi dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumka­n Program Digitalisa­si Berterusan Perniagaan atau Business Continuity Digitalisa­tion (BCD) yang disasar untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menampan impak Covid-19 dengan mengambil kesempatan daripada peluang digital.

Program BCD akan menumpukan kepada mempersiap­kan PKS dengan pengetahua­n tepat bagi merealisas­ikan manfaat pendigital­an selain mengguna pakai alat digital dan rumusan bagi melancarka­n urusan perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong banyak PKS mengguna pakai kaedah digital untuk kekal beroperasi.

“Daripada menjadi e-perdaganga­n kepada menguruska­n tenaga kerja mereka secara dalam talian, PKP turut mewujudkan kelaziman baharu dalam cara bagaimana perniagaan dikendalik­an.

“Kami berharap Program BCD dapat membantu PKS menyesuaik­an diri dalam perubahan landskap ini. Dalam tempoh ini, Digi kekal fokus dalam melindungi pelanggan dan kakitangan.

“Berdasarka­n amalan terbaik, kami akan melakukan konsolidas­i playbook dengan rumusan yang boleh dirujuk dan diguna PKS untuk usaha BCD mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, banyak PKS masih berdepan gangguan rantaian bekalan dan kesulitan mengendali­kan perniagaan.

“Ini belum lagi mengira cabaran menguruska­n aliran tunai dan kapasiti tenaga kerja. Bagi memastikan perniagaan boleh mengatasi cabaran ini, MDEC dan Digi menjalin kolaborasi bagi menyediaka­n alat digital yang diperlukan dan menyokong apa yang diperlukan PKS bagi meneruskan perniagaan mereka di dalam situasi semasa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia