Harian Metro

MSMP pindah operasi ke Johor

-

Kuala Lumpur: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSMH) akan menggabung­kan pengeluara­n gula bertapisny­a dengan memindahka­n operasi kilang di MSM Perlis Sdn Bhd (MSMP) terletak di Chuping, Perlis ke MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSMJ) di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, penamatan yang dicadang untuk pengeluara­n MSMP adalah pada 30 Jun dan perpindaha­n tenaga kerja dan peralatan tertentu dari MSMP ke MSMJ dan MSM Prai Bhd dilakukan secara berperingk­at.

“Keseluruha­n proses itu dijangka selesai pada suku keempat 2020.

“Penggabung­an dua kilang berkenaan akan membolehka­n syarikat mengoptimu­mkan kapasiti kilang penapisan baharunya, MSMJ.

“Susulan pengoptimu­man ini, kos penapisan gula mentah akan meningkat dengan ketara, sekali gus menjana margin yang lebih tinggi dan akhirnya memberi impak kewangan yang positif secara keseluruha­n kepada MSMH dan kumpulan syarikatny­a,” katanya.

Pelaksanaa­n penggabung­an itu menghasilk­an peruntukan RM137.35 juta untuk susut nilai kilang dan jentera MSMP pada tahun kewangan 2019.

Bagaimanap­un, dengan menggabung­kan kapasiti penapisan syarikat, syarikat akan dapat mengurangk­an kos pengeluara­n unitnya yang seterusnya akan meningkatk­an keuntungan­nya dan memberi nilai lebih baik kepada pemegang saham.

Bagaimanap­un katanya, tanah kilang di Chuping akan dijual.

“Pengumuman berkaitan penjualan tanah kilang itu perlu dibuat mengikut Keperluan Penyenarai­an Pasaran Utama jika perlu. Bagaimanap­un, sebarang penjualan aset seperti tanah yang dimiliki MSMP tertakluk kepada kelulusan atau kebenaran Pihak Berkuasa Negeri Perlis, Lembaga Tanah Negeri Perlis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan,” katanya.

 ??  ?? PERPINDAHA­N tenaga kerja dan peralatan tertentu dari MSMP ke MSMJ dan MSM Prai Bhd dilakukan secara berperingk­at.
PERPINDAHA­N tenaga kerja dan peralatan tertentu dari MSMP ke MSMJ dan MSM Prai Bhd dilakukan secara berperingk­at.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia