Harian Metro

Guna perisik, kesan pesakit Covid-19

-

Islamabad: Pakistan menggunaka­n teknologi pengawasan rahsia yang biasanya untuk memburu militan bagi mengesan pesakit Covid-19 dan kontak mereka.

Perdana Menterinya Imran Khan secara terbuka berkata, kerajaan meminta bantuan agensi perkhidmat­an perisikan (ISI) supaya dapat sama-sama menangani penyebaran virus yang masih menular di seluruh negara.

Maklumat lanjut berkenaan projek tidak didedahkan, namun wakil rasmi memberitah­u AFP bahawa pasukan risikan akan menggunaka­n sistem geo-fencing dan pemantauan telefon yang biasanya diguna dalam memburu sasaran berprofail tinggi, sama ada militan tempatan atau luar negara.

Kurangnya kesedaran, stigma dan ketakutan menyumbang kepada keengganan penduduk dengan simptom Covid-19 mendapatka­n rawatan di hospital, malah ada yang melarikan diri selain tidak patuh terhadap arahan kuarantin.

Seorang pegawai kanan keselamata­n enggan dikenali berkata, agensi itu ketika ini ‘sangat efektif’ menggunaka­n teknologi berkenaan untuk mengesan kes koronaviru­s.

“Kerajaan berhasil dalam mengesan mereka yang disahkan positif tetapi menyembuny­ikan diri,” katanya.

Sistem geo-fencing iaitu alat pengesanan pintar akan memberi amaran kepada pihak berkuasa sekiranya ada penduduk yang meninggalk­an kawasan, sekali gus alat terbaik mengawal kejiranan ketika perintah berkurung.

“Sementara sistem jejak dan kesan membolehka­n telefon pesakit Covid-19 dikesan bersama-sama orang yang mereka berhubung sebelum masing-masing hilang,” katanya.

Setakat ini, hampir 60,000 penduduk Pakistan dijangkiti Covid-19 dan lebih 1,200 pesakit mati. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia