Harian Metro

AZLEE TABAH HADAPI DUGAAN

Wabak pandemik melanda ketika baru atur langkah semula dalam kerjaya lakonan namun akur ada hikmahnya

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Baru nak rasa selesa mengatur langkah ‘kali kedua’ dalam kerjaya lakonan diceburi, pelakon drama Seadanya Aku dan Maaf Tak Indah iaitu Azlee Khairi harus akur dengan kenyataan, dia hanya mampu merancang.

Kemunculan pandemik Covid-19 secara tiba-tiba dan tak diduga ‘menular’ dalam negara, membuatkan Azlee, 30, pada mulanya tercari-cari arah serta apa langkah drastik yang perlu diambil segera.

Ujarnya, perasaan kecewa dan sedih memang tak dinafikan terbit dalam hati, namun perlu diingat wabak Covid-19 ini adalah dugaan besar kepada semua manusia. Dalam erti kata lain, banyak pihak dan sektor pekerjaan terjejas.

“Lebih dua bulan tidak bekerja, pernah juga berasa buntu bagaimana nak teruskan kehidupan dengan sumber kewangan terhad. Namun, di sebalik kesukaran itu tetap Allah SWT kurniakan nikmatnya.

“Saya kuatkan semangat cuba berniaga secara dalam talian (online) untuk produk jamu yang sesuai pada golongan lelaki. Biarpun nampak pelik apabila lelaki minum jamu, ia juga normal baharu.

“Untuk saya sendiri, dengan hasil minum jamu itu juga lebih menyerlahk­an penampilan diri. Raut wajah, sentiasa nampak segar dan ketika bekerja pun saya sentiasa aktif termasuk tak cepat penat,” katanya.

Menurut Azlee atau nama sebenar Azlee

Khairi Zulah Hainee dengan berniaga secara kecil-kecilan itu diakui dapat membantu menampung sedikit sumber kewanganny­a untuk tidak tiris berterusan.

“Selain perbelanja­an untuk diri sendiri, saya ada ibu bapa dan keluarga yang perlu ditanggung. Dua adik saya masih lagi bersekolah, jadi sebagai abang kenalah bantu segala keperluan mereka.

“Apatah lagi, memang tanggungja­wab saya selaku anak lelaki untuk menolong ibu bapa. Memandangk­an komitmen saya kini pada diri sendiri sahaja, membantu keluarga turut menjadi keutamaan,” katanya.

Menurut Azlee, apa pun yang pasti dia sudah rindu untuk kembali bekerja di lokasi penggambar­an. Ditambah lagi, ada drama dibintangi­nya berjudul Derhaka Cinta Jebat ditangguhk­an penggambar­an serta merta berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada 18 Mac lalu.

Seronok beraya dengan keluarga

Di kala kebanyakan ‘perantau’ di ibu kota dan seluruh negara, diselubung­i kesedihan kerana tidak berpeluang meraikan Aidilfitri di kampung bersama ibu bapa tersayang, Azlee pula berasakan dia bertuah.

Katanya, dia bernasib baik kerana ibu bapa dan adiknya sempat datang ke Kuala Lumpur sebelum

PKP dilaksana. Katanya, kedatangan keluarga dari Perak kerana cuti persekolah­an.

“Saya mengajak mereka (keluarga) datang ke rumah kerana tidak berkesempa­tan nak balik kampung. Saya sibuk ‘shooting’ ketika itu dan Alhamdulil­lah, pelawaan tidak ditolak dan ibu bapa bersetuju.

“Baru beberapa hari mereka tiba, kerajaan umum PKP dan ibu bapa bersama adik-adik terkandas di rumah saya. Maka, syukur pada Allah dapatlah saya berpuasa Ramadan dan meraikan Aidilfitri baru-baru ini dengan mereka semua,” katanya.

Menurut Azlee, dia dan keluarga memilih tema warna biru untuk Aidilfitri kali ini. Ujarnya, walau pun hanya beraya di rumah dan tidak menerima kunjungan tetamu, dia seronok dapat beraya dengan keluarga tercinta.

 ??  ?? AZLEE pilih tema warna biru untuk Aidilfitri tahun ini.
AZLEE pilih tema warna biru untuk Aidilfitri tahun ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia