Harian Metro

MAHU BUANG IMEJ DA KYUNG

Han So Hee risau terus dibayangi karakter dalam World of The Married

-

Annyeongha­seyo! Watak wanita perampas Da Kyung lakonan Han So Hee dalam drama Korea nombor satu iaitu World of The Married tidak disangkal meninggalk­an impak luar biasa. Gara-gara watak itu, pelakon terbabit turut diserang teruk di laman sosial.

Sekali gus, ia membuktika­n lakonan cemerlang pelakon berusia 25 tahun itu sememangny­a diakui menjadi. Meskipun berganding­an dengan ramai pelakon senior dalam siri itu, dia berjaya menyerlah dan diingati.

Berkongsi mengenai penangan drama terbabit, Han So Hee mengakui dirinya kini berdepan tugas besar untuk membuang imej Da Kyung dalam lakonan seterusnya. Menurutnya, dia paling risau lakonannya terikut-ikut watak berkenaan pula.

“Saya perlu buang imej Da Kyung disebabkan terlalu melekat dengan cara lakonan itu dan mahu hilangkan diri daripada khalayak buat sementara waktu. Ini bertujuan supaya saya boleh tunjukkan imej baru yang jauh berbeza selepas ini.

“Sewaktu bekerja dalam drama itu, saya berfikir harus tinggalkan tapak asas lakonan yang lebih baik untuk masa depan. Kalau tidak dilakukan dengan mantap, saya tak mungkin dapat berlakon lebih baik tapi kalau saya bagus, kejayaan akan menyusul,” katanya.

Disebabkan lakonan cemerlangn­ya juga, dia menerima pujian luar biasa daripada penonton sepanjang siri berkenaan disiarkan. Ramai turut gembira dengan karakterny­a yang digambarka­n begitu meyakinkan.

Di sebalik kejayaan itu, Han So He bagaimanap­un kesal apabila mengenang semula bagaimana dirinya berada di set penggambar­an. Menurutnya, dia berasa dirinya tidak setanding langsung dengan pelakon senior terbabit yang sememangny­a hebat belaka.

“Jikalau ditanya sama ada saya ingin kembali ke penggambar­an hari pertama, saya akan kata ya. Sampai begitu sekali tahap kekesalan saya apabila memikirkan­nya semula. Saya rasa diri saya kurang bermaya apabila melihat lakonan pelakon senior.

“Saya tertanya, kenapa lakonan saya tidak sampai setengah pun daripada apa yang mereka lakukan?

Kalau saya mahu puji diri, cuma satu saja iaitu tidak melepaskan peluang untuk menyambar watak Da Kyung.

“Kalau ikutkan, banyak masa sebenarnya saya kurang menjiwai dan mengerti dengan wataknya itu. Akan tetapi, ia bukan alasan untuk saya mensia-siakan peluang melakonkan watak berkenaan,” katanya.

Han So Hee juga tidak menafikan sangat mengagumi pelakon senior juga watak utama Kim Hee Ae. Namun begitu, dia akui berdepan kesukaran untuk berlakon di sampingnya serta pelakon senior lain.

“Memang sangat sukar berlakon depan pelakon senior. Babak paling mencabar adalah di mana saya perlu memukul bahagian belakang kepalanya di mana bukan kami berdua saja, pelakon senior lain pun ada sekali.

“Satu lagi saya paling hormat dengan Kim Hee Ae adalah tahap penjiwaan watak dalam dirinya. Saya berfikir, jika saya mulai ada hubungan dekat dengannya di luar set, ia mampu menggugat momentum permainan emosi di set.

“Mungkin disebabkan itulah dia sentiasa muncul di set dan terus membawa watak Ji Sun Woo. Barangkali juga itu adalah cara tersendiri­nya untuk bertimbang rasa terhadap saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia